
12/11/14
Bismillah.. Assalamualaikum.. Angin malam,
Allah, dingin di hostel C3-05. Hati aku penuh dengan kesayuan, kesedihan dan
tidak menentu. Fikiran aku pula bercelaru, sekejap aku ketawa, sekejap mataku
berkaca. Sekejap aku tersenyum sekejap aku termenung. Laptopku tenung kosong,
fikiran aku sungguh tidak menentu. Terlalu memikirkan besok aku akan berangkat
pulang ke Tampin, meninggalkan segala kenangan aku semasa di semester pertama,
Allah.. Tambahan lagi, aku harus berpisah dengan orang-orang yang aku sayang.
Yang suka menyakiti aku, menyakat aku, kadang2 buat aku ketawa, kadang2 buat
aku sedih, kadang2 buli aku, kadang tak layan aku. Allah, bunyi macam pahit,
tapi di sebalik kepahitan itu menyimpan berjuta kemanisan yang tidak akan rasa
manis lagi selepas ini. Ia hanya berlaku sekali. Allahuakbar, tidak dapat aku
gambarkan kesedihan yang amat mendalam ini. Air mata juga tidak cukup
pembuktian kesedihan aku. Cukup hanya Allah sahaja yang tahu. Menzahirkan
kepada mereka juga tidak ada apa-apa. Akhirnya sama2 menangis, sama2 sedih. Pastinya
mereka juga akan merindui aku kan? :’) Sepatutnya aku pulang ke Tampin pada
hari Jumaat, tapi.. kerana hal yang tidak dapat di elakkan, aku terpaksa pulang
awal, dan itu sangat menyedihkan hati aku. Sekali lagi aku menenung laptopku.
Jariku semakin pelahan untuk menaip, bagaikan tiada kekuatan untuk aku teruskan
menaip. Allahu.. Aku pejamkan mata seketika, mengetap bibir, lalu terasa basah
di pipiku. Dahiku berkerut… Perlahan mulutku menyebut Allahuakbar. Ya! Aku menangis.
Aku kalah lagi dengan air mata. Aku tunduk membisu, tidak tahu mengatakan apa
lagi. Air mata semakin lebat membasahi pipi, tidak tahan aku dengan perpisahan
ini. Bibirku tidak henti-henti menyebut nama Allah, menahan sebak di dada. Air
mata tidak mahu berhenti, jari-jariku semakin lemah untuk menekan keyboard ini,
keyboard ku juga sudah dibasahi dengan airmataku. Allahuu.. Sungguh aku tidak
kuat, tapi keranaMu aku cuba menghadapinya dengan tenang.. Nabilah yang sebelum
ini, bising, suka menyakat, mengada tapi malam ini senyap membisu. Bagaikan tiada
aku di sini. Di manakah kekuatan yang aku boleh mencarinya ya Allah? Allahu..
sudah tiba masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal semester satu. Selamat
tinggal Aiza, jujek, Nina, Atin, Lia and all. Tidak lupa juga kepada Hmm.. "Ghosts" yang selalu buat aku ketawa dan macam2 aku belajar darinya secara sedar ataupun
tidak. Tiada manfaat untuk aku? Salah! Sangat salah! Susah nak di jelaskan
tetapi biarlah hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga awak semua bahagia fiddunya
wal akhirah. Aku doakan semua Berjaya dan mengecapi impian-impian yang
insyaAllah akan menjadi kenyataan. Yang penting sekali, aku tak akan pernah
lupa mereka semua dan aku sayang mereka sangat sangat. Salam ukhuwah fillah diucapkan
pada permulaan perkenalan, dan harap ukhuwah kita tidak pernah terputus walau
sedetik. InsyaAllah. We are all we’ve got. Anytime boleh tuntut kari ayam.
Semoga kita berjumpa lagi.
Mungkin kisah aku ini hanya semasa di semester satu. Mungkin di semester akan
datang akan mempunyai cerita baru. Ataupun tiada kerana aku sudah di lenyapkan
di dunia. Semoga semua panjang umur. Assalamualaikum.