Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

27 Nov 2017

TAUBAT DI AKHIR WAKTU

Di dalam lena.
Aku terjaga,
Dikejutkan dengan mimpi  buaian fana.

MIMPI ?

Kelihatan huru hara,
Semua ketakutan,
Masing-masing menyelamatkan diri,
Tiada siapa peduli antara satu sama yang lain. "Nabilah, kau sahaja diberi peluang untuk bertaubat sebelum bumi ini hancur"

Suara yang entah datang dari mana.

Mengeletar satu badan.
Dalam keadaan yang sangat kelam kabut. Aku bergegas mengambil telekung. Membentang sejadah mengikut arah kiblat. Allahu.. Terlalu banyak dosa, terlalu sikit amalan. Terimakah Allah taubatku di saat akhir getir ini ?
Aku hanya diberi peluang untuk melakukan solat taubat 2 rakaat sahaja. Allahu, ketika itu, ikutkan hati ingin sahaja aku buat lebih daripada itu. Ingin sahaja aku tambah amalanku, ingin sahaja aku perbaiki segalanya. Tetapi sudah terlambat, aku cuma diberi peluang untuk solat taubat 2 rakaan sahaja. Allah, Allah. Ampuni dosa-dosaku, jauhilah aku dari nerakaMu.

Ketika aku solat, aku melelapkan mata. Aku berteka teki, syurga atau neraka untuk orang yang bertaubat diakhir waktu seperti aku ? Allahu.. Lalu aku tersedar dari mimpi yang menakutkan itu.

Astaghfirullahal'azim

Mimpi yang menghantui aku. Mungkin petunjuk, mungkin mainan tidur.
Lama aku mencari hikmah.

Rupa2 nya pada malam itu, dalam keadaan aku penat dengan aktiviti harian, Aku gagahkan diri menunaikan solat isyak yang sedikit terlewat dari waktunya lalu aku membaca Al-Quran. Aku terlena selepas membaca surah Al-Haqqah(Hari Kiamat)

Jujur aku tidak membaca tafsir surah tersebut ketika itu. Hanya dengan sepintas lalu aku membaca tajuk surah yang dibaca.

Begitulah al-kisahnya.
Suasana yang agak menakutkan, perasaan yang sungguh penuh kehambaan, aku kembali kepada Tuhan.

Kadang2 kita leka, kita rasa dunia ini kita punya,
Sehingga terlupa Sang Pencipta.
Moga kita semua dijauhkan daripada terlewat untuk bertaubat.

Adanya kita di dunia ini, untuk kita taat padaNya. Tapi kita dusta dengan nikmat Allah.
Bersyukurlah kerana kita masih ada lagi peluang untuk kembali kejalanNya.
Begitu pepatah mengatakan, "Menyesal kemudian tidak berguna"

Wallahua'lam.
.
Moga pembaca sentiasa berada dalam RahmatNya.

Coretan,
nabilahrahims
24.04.2017

27 Apr 2017

MEMECAH KESUNYIAN BLOG

Aku mengambil pena dan sebuah buku nota kecilku. Lalu aku menyinggah duduk di kerusi dan meja belajar yang telah tersedia di dalam kamarku. Aku memutar-mutar pen di jari ku. Lama aku berfikir..

"Serious wey! Tak tahu nak tulis apa!"

Assalamualaikum sahabat yang saya kasihi. Terima kasih kerana sudi melepak disini sementara walaupun cuma terrrtekan ? Harap tak lah. Lama sangat menyepi ni. Macam semakin hilang dalam dunia blogger ni tapi inshaAllah tak. Mana mungkin, ini kan hobi. Seperti biasa, nak menulis ini mengambil masa juga. Kadang-kadang berbulan-bulan. Eh, tak! Itu aku ja, penulis lain hebat-hebat. Paling lama diorang menyepi seminggu je. Kah! Sukati aku je. Tak sebenarnya kalau perasan aku lama tak berlawak. Lama juga aku ni jadi serious. Memang hidup kita kalau manjang serious, tak boleh juga. Sebab Nabi Muhammad SAW pun bergurau tapi bergurau perkara yang benar!

Seminggu sudah aku tinggalkan bumi UNITI. Sekarang aku sedang menghitung hari untuk meneruskan perjuangan aku sebagai seorang guru praktikal di sebuah tadika. InshaAllah. 

Tak, tak. Aku tak kan menulis kosong. Jap.. Aku fikir..

Huargh!

Okaylah, aku kongsikan sedikit mengenai warna hitam.

hm. Tak jadilah.

Okay, okay. Kali ni betul-betul.

Nantikan entry seterusnya. InshaAllah aku akan kongsi and update beberapa kisah, cerpen, puisi or apa2 sahajalah yang bakal dipost nanti. Redha sahajalah nah. Ada je tersimpan dalam draft and document file. Tapi belum bersedia untuk dipaparkan.

Sabar. Sabar tu kan separuh daripada iman.
Okay, maaf salah silat. Eh *silap. Maaf. Jangan merajuk untuk singgah membaca ya. Saya doakan pembaca semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Aamin.

9 Dec 2016

"Aku nak berubah, tapi.."

"Kenapa susah sangat nak berubah?"

Baiklah, sebelum ini saya ada kongsi berkenaan tajuk yang lebih kurang sama (Nak Move On Tapi Kemain Payah), tapi kali ini, ada sikit kelainan dari segi point dan penyampaian.

Boleh dikatakan majoriti yang luah dekat saya. "Aku nak berubah, tapi..." tettt... Kenapa mesti ada tapi? dan tapi tapi itu adalah...

1. tapi aku sayang pakwa aku
2. tapi aku kesian kat pakwa aku
3. tapi aku taknak dia kecil hati aku tinggalkan dia
4. aku tak bersedia nak tutup aurat dengan sempurna
5. tapi nanti lah..

Saya cuba merungkaikan tapi tapi kalian ini.

Saya faham, nak berubah menjadi baik atau menjadi lebih baik, bukanlah mudah. Baiklah, saya nak tanya, kalian yang berkehendak nak berubah, tapi kenapa kalian sendiri yang letak alasan pada diri sendiri ? 

Jadi nak tahu kenapa susah sangat nak berubah?

Pertama, MALAS. Malas nak buat baik, malas nak solat. Dan kerana MALAS inilah yang menjadi niat kalian nak berubah tertangguh. Sampai bila nak tangguh? Saya pesan ni, peribahasa melayu ada mengatakan menyesal dahulu pendapatan menyesal dikemudian hari tidak berguna.

Surah An-Nisa' Ayat 18.
 “Dan taubat tidaklah itu diterima Allah dari mereka yang melakukan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) dia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang”. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati  di dalam kekafiran. Bagi mereka itu telah Kami sediakan azab yang pedih“.

Kedua, Cuba check balik, scan balik, ada tak larangan Allah yang kita tak tinggalkan lagi. Jadi, salah satu penghalang untuk kita berubah sebenarnya, MAKSIAT, Pakwa, Makwa, Girlfriend, Boyfriend buah hati, crush, IKHTILAT, COUPLE. Sebab apa susah? Sebab perkara haram kita still buat dan taknak tinggalkan, thats why susah benar nak berubah, susah nak kejar kebaikan. Ingat senang2 je ke syaitan ni nak lepaskan kita ?

Korban.
Kalau kalian benar2 nak berubah, memang perlukan pengorbanan, terutamanya tinggalkan larangan Allah, tinggalkan pakwa, makwa tu. tinggalkan je mereka. Kejar cinta Allah dulu. Tapi yang dah kahwin jangan pula tinggalkan suami atau isteri pula ya.
Ada yang mengadu, mereka couple, tapi sama2 nak buat baik, sama2 nak berubah. Dah macam couple islamik pulak? Baiklah. Saya nak ingatkan kalian, Tidak ada istilah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sama2 nak berubah, ingat mengingati ni, maksud saya yang couple ala2 islamik. Ini kira dah langgar syarat-syarat nak berubah, sebab tidak jaga ikhtilat(pergaulan). Pelik! Takkan nak kejar kebaikan sambil tu selitkan maksiat(larangan).

Surah An- An'am Ayat 54.
Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (iaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan membaiki(amalan-amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Ketiga, EGO. Sebab apa ego? Kalian dah baca post saya ni sampai habiskan? tapi kalian masih degil, masih sombong, masih taknak buat, masih taknak tinggalkan larangan Allah, masih malas, masih seperti dulu, Masih sama dan taknak move on. Jadi apa yang dapat saya bantu?? Jika kalian sendiri yang beri pelbagai alasan untuk berubah?

Jika kalian benar2, sungguh2 nak berubah.. InshaAllah, ada jalannya.. InshaAllah Allah permudahkan. Yang penting jangan putus asa.

Surah Al- Baqarah ayat 222.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang mensucikan diri“.

1 Oct 2016

Dimana Islam Dihati Kita?

29 Zulhijjah 1438H. Sekian lama aku menyepi dari berkarakter disini. Kekangan masa dan kekeringan idea membuat aku terhenti dan menyepi seketika. Namun kini, aku muncul kembali untuk menulis bagi penutup akhir tahun dalam bulan Islam. Aku bawakan sedikit coretan hatiku untuk kita sama-sama bermuhasabah diri. Tanamkan azam dalam  diri untuk kita menjadi islam yang sejati. Tulislah setiap perkara yang kita nak capai, supaya kita nampak matlamat kita. Bukan hanya sekadar berjanji pada diri sendiri tanpa ada hitam dan putih. Moga dengan sedikit coretan ini membuka mata dan hati untuk kita nilai, dimana kesungguhan kita untuk menjadi seseorang yang beragama islam?

Dimana Islam Di Hati Kita?

Islam..
Di mana keindahan Islam di hatimu?
Jika buat baik sekejap sudah jemu.
Dimana keindahan islam dihatimu?
Jika solat tidak cukup lima waktu.

Dimana kau letakkan Islam sebagai agamamu?
Jika kau langgar perintah Tuhanmu.
Di mana kau letakkan islam sebagai agamamu?
Jika larangan Allah kau buat tak jemu-jemu.

Adakah kita benar-benar beragama islam?
Jika kita masih meninggalkan solat.
Adakah kita benar-benar islam?
Jika masih tidak menjaga aurat.
Adakah kita benar-benar islam?
Jika larangan Allah masih kita buat.

Dimanakah  islam sebenarnya ?
Dimanakah martabat islam dihati kita?
Bahkan kita sendiri membawa fitnah pada agama ini.
Apa yang membuktikan kita adalah Islam?
Hanya tertulis pada IC kah?

Nah, sebenarnya kehidupan kita menjadi seorang islam adalah dengan cara Islam iaitu,
mengikuti perintahNya, dan menjauhi laranganNya.
Melakukan Amar makruf, nahi munkar untuk mencari keredhaanNya.

Surah Fussilat ayat 33.
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah diri kepada Allah)!"

Surah At-Taubah Ayat 71.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Return to Allah, return to Islam, Return to Quran wa sunnah!

Sekian.
Hanya hamba Allah.
#NabilahRahims
 
© THIS IS YOURS!