Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

31 Dec 2014

Sisa Terakhir 2014


Assalamualaikum... Kemana menghilangnya aku ya ? I'm back.. Aku kembali menekan keyboard di blog ini.. Allahu sekarang ni sejuk sangat, tak terkata sejuknya, rasa beku dah ni , otak aku pun beku nak tulis apa. Hmm.. keliru juga aku sekrang ni berada di negara mana.. Hmm.. Ini adalah coretan terakhir aku untuk 2014. Yaa.. begitu banyak sekali memory pahit manis 2014. Memory pahit tu, hmm biar lah aku lepaskan, tapi memory yang manis tu sentiasa di ingatan. Banyak dugaan dan cabarannya. Macam2 pengalaman dan perasaan yang bertandang dekat hati ni. Cuti sem pun sudah berakhir, aku menggunakan sisa-sisa terakhir ini untuk mengupdate blog yang sudah lama aku tinggalkan dan aku private kan. *Jap termenung*

Hmm.. sebak, hidupku bagaikan drama sedangkan ia adalah realiti. Apa yang aku dapat selama setahun(2014) ni too much. Ujian too much. huhh. *termenung lagi*

Banyak pengajaran dan ikhtibar yang aku dapat dari kehidupan sebenar di dunia. Lagi2 apabila aku menjejak kaki di UNITI. Allah, niat tu hanya Allah sahaja yang tahu. Dan bila kita niat kerana Allah, inshaAllah Allah permudahkan segalanya. Dan aku bersyukur kerana Allah sayangkan aku. Apa pun, esok sudah mula tahun baru(2015) . Aku harap, aku dapat menjadi lebih baik dari tahun ini. Aku harap satu perubahan yang buat aku rasa selesa dengan kehidupan aku iaitu mencari keredhaan Allah. Dan perkara yang aku inginkan hmm.. syahid ketika sedang berjihad di jalan Allah. Diri ini masih banyak lagi kekurangan. kadang2 rasa perasaan tak layak untuk berkawan dengan mereka yang ilmunya tinggi, banyak pengetahuan. Tapi kerana semangat untuk mencapai keredhaan Allah tu ada. Aku cuba. Yaa.. aku masih lagi mencuba. Aku tidak sempurna dengan apa yang orang nampak. Dan aku sangat tidak selesa di judge baik sedangkan aku terlalu banyak kekhilafan . Allahuu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Kenangan, walaupun aku ni seorang yang pelupa, dan aku tak boleh ingat banyak perkara, tapi.. kadang kala tersinggah juga di hati(Rindu). Apa2 pun semoga tahun depan lebih baik daripada tahun ini . Assalamualaikum.

19 Nov 2014

Wanita Niqob/Purdah Upload Gambar

Assalamualaikum.. Hari ini aku berminat nak ulas pasal niqob ataupun pemakaian niqob. Melalui misi aku dan maklumat yang aku telah kumpul. Tapi tidak banyak sebab aku terpaksa hentikan misi mencari maklumat ini atas sebab tertentu. 
OK, biasalah, gadis muslimah, keinginan memakai niqob/purdah itu memang tentu ada sedikit sebanyak. Aku bukanlah seorang muslimah yang perfect, tapi aku sendiri juga melalui rasa yang sama dan memang aku sudah lama niat untuk memakainya, jadi apakah tujuan untuk aku memakai? Ok, Aku hanya berkongsi pengalaman, Since 2011, aku cuba2 memakai purdah. Tapi di sebabkan aku sekolah kerajaan, memang tak boleh lah nak pakai purdah atau niqob. Ok, lepas tu aku buka dan ada niat untuk memakai semula selepas habis sekolah. Namun, bila di teliti balik aku betulkan niat untuk memakainya, kerana apa? Malaysia bukannya seperti negara arab, panas dan berpasir. Jadi kenapa kita perlu pakai? Mengikut mazhab syafie, Islam menyuruh wanita menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.
Akan tetapi jika ada wanita merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqob ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat), maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah. Jadi sahabat sekalian, tujuan memakai niqob adalah untuk memelihara diri kita. Namun sekarang memakai niqob sudah menjadi trend untuk berselfie dan menunjuk-nunjuk.. Dan menambahkan fitnah. Allahuakbar, nauzubillah. Kebanyakkan lelaki juga mahukan seorang perempuan yang sempurna, yang bertutup.. Jadi itulah kesempatan wanita untuk menarik perhatian lelaki.. Lelaki yang buta hati sahaja yang memandang wanita berniqob yang selfie dan mengupload  gambarnya di laman sosial. Kira-kira 60% ke 70% wanita berniqob memaparkan dirinya di laman sosial. Dan ada juga yang seronok apabila ramai yang menambahnya sebagai rakan apabila dia mengubah Display Picture(DP)nya di facebook. Aku berani cakap, kerana aku sendiri sudah membuat kajian tentang ini. Dan tupp, Allah bagi jawapan terus menerus kepada aku. Aku tersentap apabila aku sedang menjalankan misi aku, aku terlupa sesuatu perkara yang aku sendiri melakukannya. Allah, aku hanya nak menguji. Cara aku salah kali.. Dan sekarang Acc facebook aku terpaksa ditutup sementara kerana aku menjadikan diriku mangsa kajian. Hee.. Hanya dengan menukar gambar memakai niqob, kita sudah pun hampir membawa diri kita ke maksiat. Ok, aku dah nampak apabila, lelaki yang berkopiah, bersereban yang ala2 ustaz mukanya tu mengambil kesempatan untuk chating dengan wanita berniqob.. Haih.. Itulah lelaki, tidak adanya nak menjaga ikhtilat. Tak hormat langsung dengan wanita niqobis. Kerana apa? kerana mereka sengaja, tahu sengaja menggatal, mengusha.. Kira-kira 80% yang memulakan chating dengan
"Assalamualaikum, kaifahaluki?"
"Syukran, approve, salam ukhuwah fillah"
Penggunaan bahasa arab pun bermula(Kononnya bermula ta'aruf dengan penggunaan bahasa arab) buatnya yang pakai niqob tu tak pandai bahasa arab? nak jawab apa bak hang? Parah nak pergi cari kamus bahasa arab, tak pun google translate..HAHA. Ingat perempuan berniqob/berpudah ini tahu semua tentang Islam? Dont judge Niqobis by its cover lah. Kadang2 mereka pakai dengan tujuan untuk menutup dan memeliharanya.. Ataupun suka-suka upload~ ataupun bersikap menunjuk-nunjuk. Ada seorang sahabat aku yang berniqob, tetapi dia masih memperbaiki dirinya, bertanya tentang hukum, penggunaan bahasa arab dalam pertuturan dan sebagainya dengan aku. Tapi aku juga sama je dengan dia, tiada bezanya, ilmu aku juga sama je. Jadi kami sama2 berkongsi ilmu dan mencari ilmu.
Ok, kembali balik pada upload gambar. Bila upload gambar dengan kawan2 atau family tu mungkin biasalah, ni gambar sorang2 duk buat peace lah, buat muka lah, handphone baru pun dia nak tunjuk sekali dengan mukanya yang berpurdah tu.. Allahu motif?? Gambar mengupload sana sini tak kira batas, Bak kata kakak saudara aku,"Akak menyampah tengok orang pakai purdah/niqob ni selfie lepas tu upload dekat laman sosial,,"
Hambikk.. Perkataan menyampah tu DEEP.. Patutnya sejuk je mata memandang, tapi kenapa menyampah pula ya? Ok, gambar ni pun sudah jelas jawapannya..



Iyaa.. memanglah kadang2 kita tiada niat untuk menunjuk-nunjuk tapi lebih baik kita elak kan tanggapan negetif orang terhadap perempuan berniqob/berpurdah. Aku mengulas tentang ini hanya niat untuk betulkan apa yang salah dan bukan salahkan apa yang betul. Dan tidaklah sempurna diri aku, aku juga pernah selfie pakai niqob/purdah even aku takda pun niat nak menunjuk-nunjuk, tapi bila fikir balik, kita pakai sebab nak mengelakkan fitnah, sekali je kita upload, kadang2 lelaki ni gatal.. Ambil gambar kita, then duk tenung gambar kita yang berniqob ni yedok?? #SilaTerasa Sudah lee jatuh zina mata kepada lelaki tersebut, dulu marah perempuan tak menutup aurat upload gambar, menambahkan dosa lelaki je kan, tapi sekarang? Haih.. Apa sahaja yang di namakan wanita, tidak boleh sesekali upload gambar yang boleh menimbulkan fitnah.
"Gambar yang macam mana tu? kita pakai tudung.. labuhh.. pakai niqob macam mana boleh jadi fitnah pula? Kan tutup semua tuuu..."
Jika kamu mempunyai niat yang betul untuk menjadi muslimah sejati, tidaklah kamu menunjuk-nunjuk dihadapan manusia.. Sikap menunjuk-nnjuk itu bukanlah sifat seorang wanita muslimah dan solehah. Jadi lah muslimah sejati dimata Allah, dan bukan di mata manusia..
Ni pasal status pula. Aku sedih, melihat status2 wanita berniqob mengunakan nama agama, Contoh:
"Hari ini ana dapat 300 friend request, maaf tidak sempat approve, busy dengan dakwah"
"Hari ini ana dah approve 200 friends request ada lagi 100 lebih yang ana belum accept, Apa-apa pun salam ukhuwah fillah kepada rakan baru"
Allah, Allah.. itukah ciri2 wanita muslimah?#FikirSendiri. Allah, lepas tu, haa ramailah yang meng'like', yelah ayat bunyi 'macam' Islamic lah sangat~ lepas tu yang ikhwah mulalah komen salam ukhuwah fillah juga.. Ada yang komen.."SubahanaAllah"
Astaghfirullahalazim.. Nak ucap subahanaAllah tak kena pada tempat, kononnya memberi komen yang positif.. Allahuakbar.. Nauzubillah.. Itulah yang boleh menggalakkan wanita niqobis tersebut lagi nak letak status2 yang begitu.. Kadang2 benda2 macam ni berjangkit.. bila seorang dah buat macam tu, pasti ada yang mengikut. Ok, ini aku memang tak buat cerita. WaAllahi aku memang baca status2 wanita niqobis ini.. Bukan seorang ke dua orang.. tapi kebanyakkan. Kadang2 aku terfikir, kenapa mereka macam tu? Allahu.. WAKE UP WAKE UP!!
Jadi, wanita bertudung labuh, wanita niqobis, wanita berpurdah, ayuh kita jadi  muslimah sejati dimata Allah dan bukan dimata manusia. Kita kalau buat baik, kita bagi tahu orang kita buat tu, buat ni(Perkara baik), itu namanya nak menunjuk2. kadang2 kita takda niat, kita sekadar berkongsi, tapi berhati-hatilah dalam pertuturan, kerana dengan pertuturan je, kita boleh kecundang. Allahualam.

Maaf jika pengulasan mungkin agak kasar untuk wanita yang berniqob suka selfie, aku hanya mahu kita sama2 betulkan niat.. Aku juga ada berselfie, tapi untuk penyimpanan diri sendiri. Pakai niqob/purdah bukan suka-suka, bukan saja2.. Ingat tu! Mari kita betulkan niat, tajdid niat.. Semoga memberi manfaat dan dapat muhasabah diri bersama.
Maaf tarbiyah sentap dari aku hamba Allah yang khilaf ini.. Assalamualaikum.

13 Nov 2014

Semester 1? The End!

Assalamualaikum. Alhamdulillah, aku telah sampai memijak di bumi Tampin. Terasa tangisan dan perpisahan tadi bagaikan mimpi, Mengimbas kembali sebelum aku meninggalkan Hostel C3-05, Pelukkan yang erat daripada sahabat-sahabat sudah cukup menzahirkan kesedihan dihati. Allahuakbar. "Siapa nak kejut kan aku solat subuh lepas ni.." kata Aiza sambil memeluk aku. Aiza seorang sahabat yang berhati lembut yang sedang mencuba memperbaiki dirinya. Allah.. Tidak dapat aku menahan air mata ini, sungguh dia pasti merindui gelagat aku. Pelukkan yang erat darinya membuat aku rasa tidak mahu meninggalkan mereka. Ya Allah! Mimpi apakah ini? Peritnya perpisahan. Badan aku terasa lemah, fikiranku melayang entah kemana, kesedihan menguasai diri, sungguh aku tidak dapat mengawalnya. Terasa mahu menutup mata dan tidak membuka mata lagi selamanya. Allah... Airmata mengalir lagi.. Tiada! tiada siapa memberi kata-kata semangat "jangan menangis" TIADA! Mana? Mana mereka? Mana!!? Allahh.. Aku perlukan semangat.. Aku perlukan semangat! Allahurobbi.. Allah.. Aku perlukan semangat.... :'((
Tiada.. Tiada jawapan dari sesiapa, tiada... Aku kehilangan segalanya. Ya Allah!!!!!! Aku hanya adaMU, Aku perlukan kekuatan.. Aku perlukan semangat... Ya Allah ya tuhanku... Allahuakbar...!! :'((
Mereka sudah tiada disisi, mereka hanya ada dalam hati, sungguhpun aku tahu, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan kadang kala perpisahan itu selamanya. Allah..
Terima kasih semua, terima kasih kerana telah mewarnai kehidupan aku di semester 1 dengan warna2 pelangi yang sungguh indah. Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka. Dan aku redha, jika perpisahan ini adalah pengahkiran segalanya. Semoga aku tabah ya robb.. Salam alaik.

Selamat Tinggal Semester Satu


12/11/14

Bismillah.. Assalamualaikum.. Angin malam, Allah, dingin di hostel C3-05. Hati aku penuh dengan kesayuan, kesedihan dan tidak menentu. Fikiran aku pula bercelaru, sekejap aku ketawa, sekejap mataku berkaca. Sekejap aku tersenyum sekejap aku termenung. Laptopku tenung kosong, fikiran aku sungguh tidak menentu. Terlalu memikirkan besok aku akan berangkat pulang ke Tampin, meninggalkan segala kenangan aku semasa di semester pertama, Allah.. Tambahan lagi, aku harus berpisah dengan orang-orang yang aku sayang. Yang suka menyakiti aku, menyakat aku, kadang2 buat aku ketawa, kadang2 buat aku sedih, kadang2 buli aku, kadang tak layan aku. Allah, bunyi macam pahit, tapi di sebalik kepahitan itu menyimpan berjuta kemanisan yang tidak akan rasa manis lagi selepas ini. Ia hanya berlaku sekali. Allahuakbar, tidak dapat aku gambarkan kesedihan yang amat mendalam ini. Air mata juga tidak cukup pembuktian kesedihan aku. Cukup hanya Allah sahaja yang tahu. Menzahirkan kepada mereka juga tidak ada apa-apa. Akhirnya sama2 menangis, sama2 sedih. Pastinya mereka juga akan merindui aku kan? :’) Sepatutnya aku pulang ke Tampin pada hari Jumaat, tapi.. kerana hal yang tidak dapat di elakkan, aku terpaksa pulang awal, dan itu sangat menyedihkan hati aku. Sekali lagi aku menenung laptopku. Jariku semakin pelahan untuk menaip, bagaikan tiada kekuatan untuk aku teruskan menaip. Allahu.. Aku pejamkan mata seketika, mengetap bibir, lalu terasa basah di pipiku. Dahiku berkerut… Perlahan mulutku menyebut Allahuakbar. Ya! Aku menangis. Aku kalah lagi dengan air mata. Aku tunduk membisu, tidak tahu mengatakan apa lagi. Air mata semakin lebat membasahi pipi, tidak tahan aku dengan perpisahan ini. Bibirku tidak henti-henti menyebut nama Allah, menahan sebak di dada. Air mata tidak mahu berhenti, jari-jariku semakin lemah untuk menekan keyboard ini, keyboard ku juga sudah dibasahi dengan airmataku. Allahuu.. Sungguh aku tidak kuat, tapi keranaMu aku cuba menghadapinya dengan tenang.. Nabilah yang sebelum ini, bising, suka menyakat, mengada tapi malam ini senyap membisu. Bagaikan tiada aku di sini. Di manakah kekuatan yang aku boleh mencarinya ya Allah? Allahu.. sudah tiba masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal semester satu. Selamat tinggal Aiza, jujek, Nina, Atin, Lia and all. Tidak lupa juga kepada Hmm.. "Ghosts" yang selalu buat aku ketawa dan macam2 aku belajar darinya secara sedar ataupun tidak. Tiada manfaat untuk aku? Salah! Sangat salah! Susah nak di jelaskan tetapi biarlah hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga awak semua bahagia fiddunya wal akhirah. Aku doakan semua Berjaya dan mengecapi impian-impian yang insyaAllah akan menjadi kenyataan. Yang penting sekali, aku tak akan pernah lupa mereka semua dan aku sayang mereka sangat sangat. Salam ukhuwah fillah diucapkan pada permulaan perkenalan, dan harap ukhuwah kita tidak pernah terputus walau sedetik. InsyaAllah. We are all we’ve got. Anytime boleh tuntut kari ayam. Semoga kita berjumpa lagi.
Mungkin kisah aku ini hanya semasa di semester satu. Mungkin di semester akan datang akan mempunyai cerita baru. Ataupun tiada kerana aku sudah di lenyapkan di dunia. Semoga semua panjang umur. Assalamualaikum.

12 Oct 2014

Segalanya Berubah :')


11.10.2014, 11.30a.m

Bismillah dan Assalamualaikum, selamat pagi! Alhamdulillah masih lagi aku bernafas hari ini.. Demamku semakin surut, tapi batuk aku makin teruk.. Allahu.. Sakit itu kifarah dosa. Walauapapun teruskan hidup! Teruskan perjuangan fi sabilillah! Hanya bersedia jika ajal menjemput tiba, Target SYAHID!!!Tetttttt! Ok dah dah. Allahu sungguh seperti aku bersemangat pada pagi hari ini. Walhal macam macam perkara aku fikirkan.. Serabut.. Macam macam masalah. Dan ada sahaja penambah masalah. Tapi yang kecil-kecil tu aku ketepikan dulu. Aku biarkan. Malas ah nak fikir, asyik benda yang sama sahaja.. Hmm. But never mind, one day they will know why. Haih.. Pagi-pagi lappy, tengok gambar masa pradip, video dan sebagainya.. Bezakan gambar masa dah sem satu. Allahu, masing masing banyak perubahan, termasuk aku. Gelak aku sorang sorang, Ya Allah sangat menghiburkan hati. Tengok video tu buat aku rasa nak buat lagi video.. Allah.. Yang penting aku rindu masa mula mula masuk di UNITI, masa Pradip.. Ya Allah… Sangat merindui. Aku selalu nak cakap kat depan.. Hihi, jadi MC untuk program Israk dan mikraj dan juga minggu Ta’aruf. Permulaan yang sangat baik apabila aku jejak di UNITI ini. Now nak dekat habis sem dah. Final pun semakin menghampiri, hmm.. just get ready.. Ni haa batuk, teruk ni..Allahu.. Bila bebatuk ni teringat pula time Pradip, batuk juga, permulaan batuk dan pengakhiran juga batuk. Wahh.. Amazing. Cehh  takda lah.. Ce tengok gambar masa pradip, Tengok muka kengkawan semua skema je, tudung belum pandai lagi nak lilit lilit, tangkap gambar macam tangkap gambar passport. Nahh.. bila berselfie bukan main. Dulu nak pergi kelas Pradip, simple je semua, pakaian ikut betul peraturan, sekarang takdo makno ea dooo.. Semuanya dah berubah.. Tak banyak cakap jadi banyak cakap, yang banyak cakap jadi tak banyak cakap, yang pemalu dah tak pemalu dah, yang penakut jadi berani, yang dulu baik sekarang nakal, yang dulu tudung pendek sekarang Alhamdulillah labuh. Allahu Pelbagai perubahan, kalau yang kuat imannya kearah kebaikanlah, kalau yang cepat terpengaruh tu.. Haa.. Fikir-fikirlah sendiri. Tapi aku merindui permulaan kedatangan aku menjejak di UNITI. Masing-masing tak kenal, tak tunjuk perangai gilanya lagi. Masing-masing cover cover.. Skema je semua. Bila dah kenal, baru lah tahu dia macam mana. Tapi aku masih lagi suka time cover cover tu, sebab bagi aku itulah perkara yang tiada masalah, masing2 nak jaga hati.. Yelah kawan baru, tak kan nak buat perangaikan. Andai dapat di undurkan masa berkali kali, ingin sahaja aku pergi ke zaman Pradip.. Allahu.. Apa-apa pun aku berharap husnul khotimah di sini, InsyaAllah.. Assalamualaikum.

8 Oct 2014

Di Sebalik Senyuman


8/10/12, 12.40 a.m

Bismillah. Assalamualaikum.. Terokai hati sendiri. Bertanya kepada sang hati. Hmm.. andai dapat aku bicarakan tentang hati.. Allah… Aku bukan tidak berusaha, aku sudah sedaya upaya untuk memahami dan menjaga. Aku cuba menerima segalanya.. Dan selebihnya aku serah padaMu ya Allah. Aku pasrah. Sudah terniat untuk menghentikan segalanya, aku penat. Aku sudah tak kuat. Tapi entah kenapa aku juga tidak mampu menghentikannya. Ya Allah.. Aku betul betul serah kepadaMu. Aku cuba membiarkan dan menjauhkan tapi… Hmm.. Aku tidak mahu bermain dengan api lagi. Cukuplah aku menyakiti hati sendiri. Membahagiakan tapi juga menyakitkan. Simpan dan terus simpan. Entah sampai bila, entah berapa lama. Seperti tidak berguna jika aku zahirkan. Simpan dalam doa. Senyuman dalam kesedihan jadi peneman. Menghiburkan hati manusia menjadi tabiat secara tiba, seronok tengok mereka tersenyum, juga menjadi penawar kedukaanku. Aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa. Tapi apakan daya, aku juga manusia yang sering melakukan dosa, tidak terlepas melakukan kesalahan. Aku tidak mahu sakitku orang lain merasai, biar aku seorang diri. Ia lebih membahagiakan hati. Aku pasrah. Tidak mengapalah jika satu hati sahaja yang tersakiti, jangan dua, tiga atau lebihnya. Nahh.. sekarang aku sedang menanggung risikonya. Yaa.. aku terima dengan redha, jika ada permulaan pasti ada pengakhiran. Tidak mengapalah jika pengakhiran yang aku impikan tidak menjadi kenyataan, semuanya pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui apa yang tersirat. “Sabarlah wahai hati, Allah ada bersama. Sabarlah wahai air mata, jangan menangis lagi :’)” Mungkin aku boleh simpan dan tidak meluahkan seperti tiada apa yang berlaku, hanya ketawa, senyum, ketawa, senyum, tapi jeritan hati hanya Allah sahaja yang mengetahui. Ia lebih selesa menadah tangan, meluahkan kepada Allah yang maha mendengar, maha melihat, maha mengetahui dan memahami daripada meluahkan kepada manusia yang hanya mampu mendengar tapi tidak mampu mengerti. Aku tiada terdaya tapi dengan adanya Allah bersama, aku masih berdiri memijak bumi. Assalamualaikum.

27 Sep 2014

Housemate Gili-gilo


Assalamualaikum.. Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi... Aku masih lagi berpijak di bumi yang nyata.. Allahu... Sudah lama juga aku meninggalkan blog ini.. Kesibukkan melanda diri.. Sangat sibuk.. Jadual hidup aku sangat full.. Letihnya badan tak terkata, dan setelah kesibukan itu berkurangan barulah dapat aku menghadap laptop dan berada di sini untuk menaip.. Allahuakbar, aku risau dengan kesibukan diri aku, aku akan jauh dengan Allah.. Ya Allah, nauzubillah... Itu yang aku tak mahu.. Allahuu... Tapi setiap manusia imannya ada berkurang dan bertambah, tak dinafikan aku juga begitu orangnya, tapi bila dah rasa iman kita berkurang, terus istighfar dan muhasabah diri semula... Allah... Aku tidak mahu jauh walau sejengkal pun denganMu, tapi apakan daya aku hanya manusia biasa, yang belum cukup kuat... 

Allahurobbi, pagi ini sangat sunyi di rumah C3-05, aku kebosanan, tidak tahu nak buat apa, hmm.. mereka semua dah takda.. Aiza dengan Jujek balik. Tinggal aku dengan Lia berdua dalam RUMAH ni.. Kadang kadang Lia keluar, tinggal aku seorang sahaja dalam rumah ni.. Menung menung menung je lah aku..
"Eeeelahai.. mana je semua orang dalam rumah ni... Ziraaa, reyana, uppa, mau, fiza,,,, mana korang nii.. balik lah nakkk.. mak rindu kamu semua niii.. :')"
Dulu balik aje kelas, nampak mereka duk sembang kat luar.. Pastu aku mesti tanya,"Korang dah makan? kalau belum jom lah makan dengan aku.. :D"
Allahuu.. Sekarang aku balik, sunyi! Kadang2 Aiza dengan Jujek tak balik kelas lagi.. Lia kadang2 duduk lepak dengan classmate dulu, jadi aku sorang2 je lah kat rumah.. Nampak tak sedihnya disitu.. :'(
Dulu, bila aku lambat balik rumah sebab ada meeting, ade je yang call aku tanya bila balikk,"Nakkk.. balik lah nakkkk.. berembun aje kejenyee.. penat mak tunggu nii.. balikk.."
Hmm, sekarang bila ada meeting, balik lewat, aku harap sangat Jujek, Aiza, Lia tak tidur lagi.. Tak adalah aku sedih kepulangan aku di sambut dengan mereka yang bersengkang mata, kalau dulu bila aku dah balik, mereka ada je tengok movie sambil makan keropok, aku tengok pun, Allah meriahnya rumah ni sampai ketengah malam. Kalau aku balik mereka dah tidur, hmm.. sedih sangat.. Tak dapat spent time dengan mereka.. Kadang2 dah janji malam tu nak tengok movie sesama, tapi tiba2 pula aku ada meeting.. Sanggup juga mereka tunggu aku pulang sebab nak tengok sama sama.. Lepas tu aku tertidur.. Penat sangat, rasa bersalah dengan mereka, even mereka tak kisah pun, tapi hmm... Selalunya pagi2 kalau aku dah bangun, Zira mesti masuk bilik, tanya buat apa ke, kejut suruh bangun kee.. Mengacau aje kejenye pagi pagi.. Lepas tu bila semua dah bangun, sam-sama rasa bosan, then operasi mengemas rumah lah jawabnya bila dah bosan.. Tak pun masak nasi goreng.. Lepas tu borak-borak, tak pun tengok movie, haa... tak pun buat perangai gila kami di rumah.. Hehe. Gila kami macam budak-budak, serious tak matang, kalau orang yang tak faham tengok kami mesti kutuk habis, tapi itulah keseronokkan kami, gila di dalam rumah.. Dan percaya antara satu sama lain, tiada yang akan membuka aib kawan2 dalam rumah ni.. Memang lah diluar elok je aku tak banyak cakap, tapi di rumah, semua perempuan, gila gila pula semuanya, tak kan aku nak duduk diam tengok mereka gelak ketawa, gila-gila.. Aku join je lah nak merapatkan ukhuwah.. Dan alhamdulillah... pada mulanya masuk sini, sangat janggal, tak bertegur, masing-masing makan dalam bilik masing-masing, makanan masing-masing punya, tiada perkongsian pun. Tapi lam-lama, alhamdulillah, semuanya berubah, kami berkongsi segalanya.. Ukhuwah tu sangat manis.. Serious aku tak pernah ada sahabat seperti mereka.. Gilanya lain macam.. tiap2 hari ada je benda nak diketawakannya... Tapi sekarang, rumah ni sunyi.. Sunyi ya robb.. Nak ketawa pun macam tak nak ketawa je sebab takda penyambungnya. Eeelahaiii.. mana pergi semua orang dalam rumah ni! Ada je yang nak kene marahnyeee.. Hmm..
Antara dialog yang selalu kami gunakan dalam rumah, yang buat suasana rumah meriah..
"Ade jee yang nak kene marahnyee"
"k geng gerak lu papehal text"
"kojot aku lembaga hitam ni"
"Berembun ajee kejenyee"
"Saya cina duluu"
''hilangkan nasyid tuuu"
"Blur aje kejenye si Zira ni.."
"Weyy.. layanlah akuu, aku sedih niii"
"Zaa... Subuh zaaa(Ketuk katil atas)"
"Kalau aku mati tadi macam mana.."
"Uhuk uhuk(batuk), cakap dengan mak aku, aku sayang diaa"
"Ape je yang tak pasrahnye engkau ni.."
"Jangan seksi sangatttt kaki tuu"
Hmm.. rindu ya Allah.. banyak sangat.. Gurauan mereka kena dengan jiwa aku, sikit pun tak terasa.. Even bunyinya kasar tapi tak menyakitkan hati pun.. Guysss... I miss  you so much.






24 Aug 2014

Semuanya Qowiy Lillahita'ala



23.8.14 10:37 am

Bismillah. Assalamualaikum. Alhamdulillah. Qowiy lilahita’ala. Allahu. Jika kita kuat kerana Allah, Allah akan beri kekuatan itu kepada kita. SubahanaAllah… Pagi yang indah! Penuh dengan senyuman, dengan suasana rumah dan gelagat Housemate housemate aku. Allahu, cukup menghiburkan dan menggelikan hati aku. Ya Allah. Itu tengah teriak teriak, dah kenapa pula tu? Allahu.. Menjadikan rumah ini riuh. Gurauan mereka buat aku terhibur sangat di sini. Sampaikan rasa nak terus menetap di sini dan tinggal dengan mereka semua. Allah. Aku sayang mereka. Aku senang dengan mereka. Dengan  gelagat mereka yang kadang kadang kurang kematangan buat aku tergelak dan tersenyum sorang sorang. Allah. Aku cuba menjadi gila dengan mereka. Dan Alhamdulillah. Aku gila. Allah. Bukan gila apa, jadi gila gila. Gurauan mereka yang.. Ya Allah, bunyi macam kasar tapi ia sangat menggelikan hati aku. Sikit pun aku tak terasa dengan gurauan mereka. Tak langsung. Even kena ejek, kena bahan, dan di cop sebagai “Lembaga Hitam”.. Allah.. Aku tak rasa pun ia menyakitkan, malah aku terhibur.  Bila aku sedih, mereka membangkitkan semangat aku semula, membuatkan aku tak jadi nak sedih dan, sedih tu lama lama tersimpan di hati sahaja dan tak dapat nak zahirkan dengan air mata. Allah.. Aku hanya tersenyum.. dan tersenyum melihat gelagat mereka. Terus tersenyum. Aku melihat mereka sepuas puasnya sebelum kami akan terpisah. Aku akan gunakan masa yang terhad ini sebaik mungkin. Sebak pula bila sebut pasal perpisahan, :’( Allah.. Hmm.. Setiap detik dan saat aku bersama mereka, tak akan aku lupakan insyaAllah.. Sahabat-sahabatku yang nakal. Nakal kamu semua.. :’D Terima kasih sebab sudi menjadi sahabat aku. Terima kasih kerana sentiasa ada di kala aku suka dan lagi lagi dikala aku berduka. Korang sanggup bersengkang mata dengar cerita aku, dengar aku bebel, dengar tazkirah aku.. Allahu.. Terima kasih atas nasihat yang telah diberi. Aku menghargainya. Terima kasih, menggantikan tempat aku untuk memarahkan orang-orang yang telah menyakiti aku. Terima kasih, aku tidak minta pun kamu semua buat begitu. Tapi kamu semua degil.. Nak jugak kan. Sudah aku katakana ia hanya sia sia, tapi kamu semua tetap berdegil. Dan gelagat kamu semua buat begitu, membuatkan aku ketawa sendirian. Aku biarkan kamu lakukan sebab aku nak tengok tahap mana kamu semua boleh sabar dalam kemarahan kamu. Allahu.. Yeye kamu marahkan mereka untuk aku sebab kerana aku tak reti nak marah dan redha sahaja apa yang dah berlaku, sampai aku pun kamu semua marah. Allah, tapi aku sikit pun tak ambil hati dengan apa yang kamu semua marah. Ada betulnya, tapi aku memang redha tak reti nak menolak takdir, jika itu sudah takdir aku, maka aku redha kerana Allah yang menentukan segalanya, Aku percaya pada Allah. HasbiyaAllahu wanikmal wakil. Aku bukan jenis yang terus melenting. Itu bukan aku. Aku akan meleting bila maruah aku dicerobohi. Perkara yang lain insyaAllah aku tenang dan terima dengan redha. Aku tidak terus terima sesuatu yang buruk itu tanpa aku dapat kesahihan nya, aku akan terus memerhati, selidik dan selidik sampai aku jumpa perkara yang sebenar. Itu aku. Aku yakin Allah ada bersama hambaNya. Yakin sahabat. Allah ada. Allah akan bantu kita setelah kita berusaha, berdoa dan tawakkal. Dan Alhamdulillah. Aku rasa agak tenang sedikit hari ini. Dan, aku masih lagi terus berjaga-jaga dengan langkah aku. Dan apabila aku kata aku sanggup menerima risiko yang aku akan hadapi, bermakna aku kena sentiasa bersedia dengan ujian Allah yang seterusnya. Bila tiada ujian daripada Allah, aku rasa rindu pula. Sebab dengan ujian Allah itu, aku rasa aku dekat dan makin dekat dengan Allah. Orang yang di uji sahaja boleh merasai sama ada Allah itu dekat ke tidak dengan kita. Dan Allah menguji hambaNya bukan sekadar menguji, tapi sebab Allah nak kita dekat dengan DIA. Orang yang mengingati Allah, Allah akan ingat mereka. Jadi pengajarannya walau apa pun rintangan dan ujian Allah beri, tempuhilah dengan mendekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah, Allah bantu kita. Qowiy lillahita’ala. Assalamualaikum.

21 Aug 2014

Genap 3 Bulan di UNITI


21/8/14, 10:05 am
Bismillah.. Assalamualaikum.. Allah, pejam celik, pejam celik, dah genap tiga bulan dah aku di UNITI, There are many sweet things.. Allahu..  Di sini, aku dapat satu kehidupan baru yang lain suasananya di sekolah. Aku rasa diriku seolah-olah berada dalam drama. Allah, banyak sangat ujian. Aku ada kawan baru, sahabat baru, dan semuanya baru. Aku kenal dah perangai masing-masing. Dah paham sangat. Mereka sahaja yang tidak tahu identity aku sebenar. Aku hanya menunjukkan diri aku yang sebenar, tetapi, aku juga menyorokkan sebahagian identity aku terhadap mereka. Seperti biasa, pagi-pagi aku mesti telan 2 biji ubat, setiap hari aku akan rasa mual, nak muntah, batuk tak hilang dan memacam lagi dan mereka masih tertanya-tanya. Bekas botol ubat telah aku tukar dengan bekas botol lain. Pandai tak aku? Hmm. Banyak perkara yang aku sorok kan tentang diri aku. Biarlah mereka kenal aku dengan apa yang mereka Nampak dan dengan apa yang mereka nilai. Terpulang. Hanya Allah dan aku sahaja tahu siapa aku. Aku biarkan mereka menilai apa sahaja tentang diri aku. Di situ aku dapat mengenali siapa kawan, siapa sahabat dan siapa lawan. Aku akan terus jadi pemerhati dunia. Allah. Memang terasa aku dalam sebuah drama tapi satu sahaja, aku tidak dapat mengubah takdir apa yang dah terjadi means aku bukan pengarah, aku hanya pelakon yang ikut sahaja rahan pengarah(ALLAH),  dalam drama aku ni bila ia dah terjadi, makna dia betul betul terjadi, bukan hayalan. Hmm.. Aku masih mencari sesuatu lagi di sini. Mencari jawapan yang pasti untuk aku ketahui punca dan apa yang sudah berlaku. Orang sekeliling, adalah orang yang aku kenal. Mereka adalah pemerhatian aku. Aku akan terus lihat permainan dunia. Sesiapa yang sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia akan sentiasa berada di landasan yang betul, tapi jika sebaliknya, aku melihat dia hanyut dengan pendiriannya, keegoannya, dan kepentingan dirinya sendiri. Yaa.. aku seorang psiko dalam diam. Tiada siapa perasan. Maaf, bukan niat aku tapi aku ingin tahu erti kehidupan sebenar. Dan aku jumpa apa itu kehidupan di dunia. Kadang-kadang ia menjadi tanda Tanya(?). Aku akan kuatkan semangat untuk terus berada di sini, walau apa pun rintangan yang aku hadapi. Apabila aku berkata, aku akan pegang kata-kata aku walaupun ia sangat bodoh untuk terus pegang dengan kata-kata itu, aku akan tetap pegang. Aku tidak akan berputus asa untuk berdoa kepada Allah. Aku akan biarkan ia terjadi, aku redha, dan aku tahu, Allah bersamaku untuk aku lagi kuat dan kuat. 3 bulan di UNITI sangat memberi kesan yang pelbagai dalam hidup aku. Alhamdulillah, pengajaran buat aku. I’m not perfect  girl, but I’m still tring to be a good muslimah lillahitaa’ala. Wassalamualaikum.

16 Aug 2014

Mereka Yang Aku Sayang



Assalamualaikum. Di alunkan lagu nasyid istikharah cinta sambil aku menaip.. Allahuakbar. Ya Allah.. Aku rasa lega sangat hati ini. Kau hadirkan mereka saat aku sedang kesedihan. Terima Kasih Ya Allah. Mereka lah yang dipanggil sahabat. Ya Allah, tiap hari menghiburkan hati. Sampai aku terlupa segala masalah yang ada. Dan aku sangat terharu pabila mereka sangat take care pasal aku ya Allah..
“Jangan fikir sangatlah masalah tu”
“Kau dah istikharahkan? Haa.. kamilah buktinya.”
“Biela, lagu ni khas untuk kau, sesuai dengan kau.”
Jangan bersedih kerana putus cinta blablabla~~ (Apalah, bukannya putus cinta pun)
Ya Allah, aku terharu sangat mereka sangat ambil peduli tentang aku, ya Allah, jumpa kah aku lagi dengan mereka pada sem depan? Jumpakah aku lagi Housemate seperti mereka. Apabila air mata aku merebeh….
“Lah, nangis dah? Haa.. rumah kita memang kaya dengan tisu, hambik tisu  ni, hambik hambik” Habis mereka sumbat tisu tu kat muka aku masa aku tengah menangis.. 9 helai tisu mereka sumbat. Sempat lagi mereka berlawak.  Memain ah mereka ni. ya Allah, Aku tak tahu keadaan aku masa tu betul2 ketawa dan betul2 menangis, meraung, lepas tu mereka buka lagu.. Tah macam2 lagu mereka play, dek nak pujuk aku, mereka nyanyi sama2, mereka buat rasa terharu sangat. Actually, aku menangis bukan kerana aku sedih dengan ujian yang sedang aku hadapi ini, tapi aku menangis kerana mempunyai sahabat yang peduli dan menghargai seorang sahabat, ada dikala aku suka dan duka. Mereka menghiburkan hati aku setiap hari.  Allah ada, mereka pun ada. Buat aku jadi kuat untuk menghadapi segala ujian. Mereka bagi semangat, tanpa mereka tidak aku setenang sekarang. Dengan lawak mereka, ya Allah, tak dapat aku gambarkan segembiranya hati aku apabila bersama mereka. Sampai aku boleh tergelak sorang2 bila teringat cara mereka pujuk aku. Aku tak suka akan perpisahan, tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Lepas ni kalau aku ada masalah, mereka dah tak ada.. Ya Allah, sakit sangat perpisahan itu. Setiap kali aku temui kebahagiaan pasti ada ujian. Ya Allah :’( aku tak sanggup berpisah dengan mereka. Ya Allah, mereka sahabat yang terbaik. Sahabat 1000 dalam 1. Kebahagiaan cuma sementara, kesedihan cuma sementara, semua dalam dunia ini sementara. Jadi aku redha, kerana aku juga sementara sahaja di dunia ini.
Bukan senang nak dapat housemate yang memahami dan ambil peduli tentang kita. Ya Allah, damaikan hati mereka, berilah mereka kebahagiaan yang kekal fid dunya wal akhirah. Allahuma amin. insyaAllah.
Jujek, Aiza, Zira, Reyana, Fadhilah dan Lia, Aku sayang kamu semua, jangan tinggalkan aku ya :’)

Terima kasih kerana menjadi sahabat yang terbaik aku, aku tidak mencari sahabat yang sempurna pun, tapi aku perlu sahabat seperti korang. Ya Allah.. Aku tak tahu, di sem hadapan, siapa yang akan memujuk aku bila aku menangis, siapa yang nak dengar masalah aku? Siapa yang paham bila muka aku tetiba stress. Siapa yang paham muka aku ada masalah ke tidak. Ya Allah.. Sakitnya perpisahan.
Dulu aku sahaja yang menghiburkan hati orang walaupun hati aku sedang sakit juga. Tapi sekarang, first time aku rasa hati aku dihiburkan ketika aku sedih, ada masalah. Ya Allah, terima kasih ya Allah, walaupun aku tahu ia hanya sementara, tapi aku bersyukur sangat, aku tahu ENGKAU tidak akan biarkan HambaMu terus bersedih. Semuanya pasti ada hikmah. Terima kasih ya Allah, terima kasih sahabat. 

5 Aug 2014

Cinta + Baitul Muslim


Assalamualaikum. Hari ini ana ingin berkongsi artikel yang sudah ana baca, ana akan kongsi apa yang ana suka dan ana rasa bermanfaat. Bismillah.


Cinta?alt
Cinta adalah fitrah. Cinta adalah anugerah. Cinta adalah amanah.
Sejauh mana anda memandu cinta itu, semuanya terletak pada cinta anda pada DIA, Allah S.W.T.
Cinta kerana Allah. Bagaimana?
Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanan dan ketaatannya kepada Allah S.W.T. Uhibbuki Fillah.
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu” 
SubhanAllah.
Lihat bagaimana ganjaran Allah terhadap seseorang yang mencintai seseorang yang lain kerana keagungan –Nya.
Jadi anda bagaimana? Adakah anda mencintai seseorang itu kerana Allah?
Baitul Muslim?
Apa kaitannya ya dengan cinta?
Jom sama-sama kita meneroka dulu maksud Baitul Muslim.
Baitul Muslim merupakan salah satu konsep pembinaan ummah yang bermula daripada diri kita sendiri sehinggalah ke peringkat dunia.
Individu Muslim > Keluarga Muslim> Masyarakat Muslim> Negara Muslim> Dunia Muslim
Cinta + Baitul Muslim? Bagaimana tu ya?
Mudah saja, tak salah untuk jatuh cinta sebab ia adalah fitrah tapi dengan syarat cinta itu mestilah CINTA KERANA ALLAH dan mesti ada MATLAMATNYA, iaitu PERKAHWINAN dan seterusnya disulami dengan niat untuk membina cinta dengan bermatlamatkan kepada pembinaan BAITUL MUSLIM. Subhanallah…
Tersangat indah kalau Cinta yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. itu kita bawa ke arah matlamat pembinaan Baitul Muslim. Insyallah akan bertambah-tambah indah lagi cinta yang lahir di hati kita itu. Kenapa saya berkata seperti itu adalah kerana cinta tidak semestinya cinta mencintai sesama pasangan yang hanya bermatlamatkan kepada perkahwinan semata-mata, iaitu yang kita fahami perkahwinan merupakan penyatuan dua hati dalam satu ikatan suci, ijab dan kabul, tapi jangan kita lupa cinta dan perkahwinan itu juga harus diisi dengan matlamat kepada pembinaan Baitul Muslim, iaitu pembinaan sebuah keluarga yang berlandaskan Islam yang sentiasa dipenuhi dengan suasana Islam yang akan diwarisi dari saru generasi ke satu generasi oleh zuriat kita sehingga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang berpegang pada syariat Islam dan mampu mentadir negara dengan syariat Islam.

Subhanallah, indahnya. Cuba kita bayangkan kalau dalam sesebuah keluarga itu diterapkan dengan suasana Islam, solat berjemaah bersama keluarga, tazkirah, makan bersama, Subhanallah, indahnya. Bukan sahaja kita dapat membina sebuah keluarga Islam yang berlandaskan syariat malah mampu memupuk pembinaan Ummah yang mampu mentadbir negara berlandaskan syariat Islam, Insyallah. Walau bagaimanapun, saya juga sedar bukanya mudah untuk menanam rasa Cinta kerana Allah yang bermatlamatkan Baitul Muslim ditambah pula dengan diri kita sebagai manusia yang penuh kekurangan dan ditambah pula lagi dengan kemodenan dunia yang menjadi ujian buat kita. Namun saya yakin, Insyallah jika kita betul-betul berusaha ke arahnya, Insyallah kita boleh. Ini adalah kerana kerana kita dipilih dan terpilih oleh DIA yang Maha Esa untuk mentadbir alam ini, DIA mengatahui akan kekuatan dan kelemahan diri kita. Insyallah DIA pasti membantu dan mempermudahkan setiap urusan kita dalam menuju Jannah –Nya. Insyallah.
Jika ada salah silap dari pihak saya, seribu kemaafan ku pohon.
Yang baik itu sesungguhnya datangnya dari DIA dan sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
Jom bina CINTA, bina Baitul Muslim.

10 Jul 2014

Memorrrryyyy


Assalamualaikum.. SubahanaAllah.. Pagi yang indah! Pukul 11.30 pagi kejap lagi kelas bermula, seperti hari sebelumnya aku megambil sedikit masa untuk blog.. Untuk menaip. Sebelum aku meneruskan coretan aku, mari kita sama-sama doakan saudara islam kita di Gaza..
So, today.. Tetiba teringat sesuatu yang menyayat hati.. Allahu.. But, never mind.. Maybe I can forget about that. Apa yang tak boleh dilupakan hanyalah Allah, suruhan dan laranganNya. And aku memang seorang pelupa. Seriously.. Dekat UNITI ni students semua peramah peramah. Allah.. Kadang kadang ada yang menegur aku, "hai Nabilah.." Dalam hati "Aku kenal kah?" Tah sapa sapa tah tegur aku.. Aku tak tahu lah sama ada diaorang kenal aku tapi aku tak kenal ataupun aku lupa. Btw nak jaga hati manusia, just smile and balas balik teguran itu. Classmate sendiri tegur pun aku tak perasan.. Allah.. And bila orang flashback balik pasal kejadian2 yang funny ke, apa ke.. Seriously aku tak dapat nak ingat.. Kadang kadang buat buat ingat je. Err.. I dont know what strong with my memory.. Actually aku suka buang perkara yang tak perlu aku ingat.. Suka sangat buang dan lupakan. So, that why aku ni jenis pelupa. Bila orang cerita aku blur. Then said "Ha? Ha? Apa? Bila~?" yess.. Itu lah dialog aku bila blur, bila tak ingat.. Then mula lah kena bahan sebab blur sangat. But something that I need to remove but until now I cant. Allah.. How? Aku dah berusaha, berdoa dan sekarang tengah tawakkal. Ya Allah.. sepelupa pelupa aku ni, ada juga perkara yang tak penting yang aku nak ingat. You know, I have many thing to think. Tapi kenapa hanya satu perkara itu aku tak boleh nak lupa. Allahu.. Bantu aku ya Allah.. Apa agaknya perkara tu ya? Allah.. Itu mungkin rahsia kut. And tak perlu dikongsikan. I think I need to improve my memory and betulkan balik saraf saraf otak ni. "Nabilah, awak jangan kejam sangat sampai semua benda nak dilupakan"(Dalam hati)
Tabiat pelupa ni aku di didik sejak form 3 lagi. Adalah sebabnya kenapa aku mendidik tabiat aku sebegini rupa. Dulu, aku selalu sangat nak ingat semua perkara. Sampai memakan diri sendiri. Oh, so I change my mind. Dan sekarang lah hasilnya. pun tak elok juga sebab jadi pelupa. Tapi dengan buku baru ni aku akan cuba untuk membina sebuah cerita hidup aku yang terindah sekali sampailah ke akhir hayat aku. Hope ending aku mati syahid.. Amin... :')
So Now, get ready nak pergi kelas. Semoga hari ini adalah hari yang terbaik untuk kita. Assalamalaikum.

9 Jul 2014

Aku Seorang Mahasiswi


Assalamualaikum and good morning, dengan alunan lagu hindustan, roomate aku menyanyi, err.. jap feel nak menaip tu agak kurang pulak. Btw dengan line yang lembab, aku fight jugak untuk menaip. Today I have no class. But I cant be relax. There are many responsibilities that I need to perform. Pagi petang siang malam meeting for maaruf club. I am very interested in the activity, it is very suitable with my soul. Allah, pukul 11 pagi ni, kena ambil buku pula dekat cabin 2 untuk subjek Psikologi Kanak-Kanak. I am a leader in DPS group D class, btw nasib baik ada pembantu. Then, bulan september ada program FPPM, jadi exco publicity. In maaruf club, jadi S/U and pegang pembangunan laman web. Tambah lagi dengan assignment yang tak siap lagi. Assignment, Pengajian Malaysia, Guru dan Alam, Pedagogi, Psikologi Kanak-Kanak dan BI. Semua ada assignment,, Allahu.. Mampukah aku? Ya Allah permudahkanlah segalanya.. Tapi aku duk menghadap blog? It's just for my release tension and my favorite hobby. Sebagai seorang mahasiswi, Allah.. baru aku dapat rasa kesukarannya. But it taught me to be more responsible. Masa sekolah dulu, ada pengalaman buat semua ni, tapi masih disuap lagi oleh guru guru, sekarang ni semua sendiri sendiri. Must to be hardwork. Natijahnya, I will try to be the best student. Assalamualaikum.

6 Jul 2014

Ujian Allah Untuk Ketabahan Dan Iman :)

Assalamualaikum.. Di alunkan dengan intrumental syurga cinta. Allah.. Bertambah sayu hatiku untuk terus menekan keyboard ini. Allahu.. Aku banyak dosa padaNya, aku banyak kesilapan.. Allah.. Aku ingin mencari keredhaanNya, bersama sahabat2 yang aku kasihi. Aku sendirian menyepi, menghadap ilahi. Tiada siapa yang mengetahuinya. Sedih duka gembira ku hanya terluah kepada Allah. Sudah berulang kali ia berlaku kepada diriku. Namun aku masih belum tabah. Tapi aku cuba. Dan ujian ini adalah satu ketabahan dan keimanan kerana, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Allah, kesedihan ini bukanlah mainan perasaan, tapi realiti. Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku memang seorang pemendam, dan diruang ini aku meluah kadang kadang. Kadang kala aku publish, kadang kala hanya tersimpan di draft sahaja, Aku sudah mempunyai Allah dan keyboard tempat ku luah. Sudah memadai. Yaa.. Kesedihan tidak kekal, gembira pun tidak kekal. Apa yang kekal hanyalah apa yang ada di akhirat kelak. Aku bukan lah sesiapa. Tapi aku mengharap syurgaNya. Aku cuba tumpukan kepada misiku. InsyaAllah, jika aku orang terpilih, aku ingin mati syahid dijalanNya. Masuk syurga tanpa di hisab. Aku tahu aku penuh dengan dosa. Tapi tidak mustahilkan. Allahughofur. Aku yakin pada Allah.. KepadaNya aku datang, dan kepadaNya aku kembali. Semoga kita semua berada di bawah naungan rahmatNya. Jihad Fisabilillah. Allahuakbar! Sekian.

1 Jul 2014

Puisi Layar Keinsafan


Layar keinsafan
Senja suram,
Tiba aku di persisiran pantai,
Ku lihat pasir santai memutih,
Dalam kelam di hadapan matahari membenam,
Di sini aku menelusuri diri,
Mengkaji dan mencari,
Titik noda buku hidup ini,
Kutemui diriku alpa dan lupa,
Sebagai abdi kepada pencipta diri.

Malam tiba,
Bulan berdandan cahaya,
Aku menghampar sejadah tua,
Di tebing ombak bergelora,
Menghadap wajah ke kiblat Tuhan,
Dengan ribuan keinsafan,
Kulayarkan rayuan ke tengah samudera,
Moga dalam penerimaan-Nya.

Kuserahkan jiwa pada sifat Rahim-Nya,
Kembalilah aku ke jalan fitrah,
Tersedarlah jasadku dari kelalaian sudah.

Sedar diri,
Pernah terlalai dan terleka,
Dari mengunjungi,
Pintu rahmatNya yang terbuka,
Kerana terlalu mengikut kata,

Ku cuba kembali,
Mengetuk pintu rahmatNya,
Agar wajahku disiram cahaya,
Agar hidupku dilimpahi kurnia,
Melalui pintu rahmat-Nya.



11 Jun 2014

Heart Palpitation

Assalamualaikum.. 
Dari jiwa-jiwa yang tenang, mengalunkan lagu2 nasyid dan zikir, SubahanaAllah, rugilah siapa yang tidak bersyukur dengan nikmatNya. Debaran semakin terasa. Entah kenapa seperti itu rasanya. Barangkali aku terlalu memikirkannya.. La ila haillAllah.. Ku simpan baik2, aku letak kannya sebagai satu harapan. Ya Allah.. Jika salah perbuatanku, kau jauhilah... Dan jika ia adalah yang terbaik buatku, maka KAU dekatkanlah.. Di saat aku merasakannya ia akan hadir, dia muncul.. Sedangkan aku juga cuba melupakan tentangnya.. Tapi semakin kuat hatiku ingin melupakan, semakin dekat pula. Apakah semua ini. Ya Allah, jawapan hanya ada padaMU. Aku tidak tahu apa rancanganMU ya Allah. Tapi aku harap, aku tidak terluka seperti hari2 yang lalu.. Entah mengapa, Tak dapat aku ungkapkan, tak terkata. Amat sukar untuk aku jelaskan. Adakah doa ku dimakbulkan? (Klik)<Entry Simpan perasaan itu
Allahurobbi, Aku tidak dapat mengawal perasaan ini, apabila bertembung jantungku laju, jadi aku mengambil langkah untuk terus tunduk agar pandangan mataku terjaga, hatiku juga terpelihara.. Allahuakbar. Tak dapat aku ungkapkan tentangnya. SubahanaAllah, hanya engkau sahaja yang tahu. Ya Allah.. peliharalah hatiku ini. 
Dirinya mengingatkan aku kepada seorang hamba Allah yang dahulu seperti dia.. Allahuakbar.. Kenapa saat ini? Saat aku mencari diriku yang hilang, dan dia datang menemui diriku. Terima Kasih Ya ALLAH.. Engkaulah satu tuhanku, yang maha mengetahui apa yang terbuku di hati ini.

24 May 2014

Hari Pertama di UNITI

Assalamualaikum.. Salam Sahabat semua.. Hari ini 21 Mei 2014 hari pertama aku berada di kolej UNITI Port Dikcson.. Alhamdulillah.. Aku Tak menangis pun apabila berpisah dengan family, mungkin sebab aku dah set dalam mind aku dtg sini nak belajar and Tampin dengan PD dokek jo.. Negeri sendiri lagi.. Mula2 aku datang bedebar jugak lah, yelah.. Aku bukan lagi nak daftar sebagai pelajar sekolah, tapi aku pelajar yang diperingkat IPT dipanggil siswi untuk perempuan.. Aku dalam satu rumah, ada 10 orang, ada 3 bilik, 2 bilik 4 orang, 1 bilik 2 orang, So aku dapat bilik yang 4 orang..  Roomate ataupun org yang pertama aku kenal kat sini, Lia.. Lia not bad lah, tapi dia mmg tak byk cakap, adakalanya kami burak2 jugak, tengok movie sesame kejap, turun café sesame, makan sesame.. And first day ni memang memang memang bosan selepas berkemas2.. Aku lepas kemas2, penat, dah la penat, pening kepala pulak tu, so aku tidur laa.. Lia pun tidur sekali.. Setakat ni dalam rumah ni aku baru kenal 2 orang, Lia and lagi seorang Azira.. Azira aku tengok dia not bad jugak la.. peramah jugak laa.. azira kata block yang kami duduk ni keras sikit.. Paling keras k, dia kata minggu lepas baru je orang  kene.. So, aku kene lah berhati2 ditempat orang dan di tempat ‘dia’.. Ok lah, Nampak nya aku pun dah tak banyak masa nak update lagi.. sampai sini sahaja, aku nak solat isyak pulak.. Assalamualaikum.

17 May 2014

Pilihan Terakhir

Assalamualaikum.. sihatkah semua?
Mungkin ini adalah coretan aku yang terakhir di bumi Tampin.. Atau jika berkesempatan, aku akan menulis lagi.. 
Berpucuk2 surat tawaran IPTS yang aku telah terima. Pada mulanya, pilihan dihatiku, sememangnya nak ke KUIM mengambil dalam jurusan kaunseling, tapi sebelum aku pergi ke sana, aku tunggu tawaran dari UPU. Aku berharap, dapat UPSI, bidang Diploma pendidikan awal kanak2. Tapi Rezeki aku tidak ke situ, Kemudian aku dapat tawaran KPTM, diploma system & networking. Aku tak minat, aku buat surat rayuan untuk mintak tukar pendidikan awal kanak2 di KPTM Kota Bharu. Tunggu2, lambat sangat.. Akhir sekali keputusan aku muktamad nak ke KUIM. Berfikir jugak perbelanjaan disana. Berdasarkan daripada pengalaman, kakak sedara aku yang belajar disitu dan mengambil jurusan kaunseling, katanya mahal. Hatiku sudah berbolak balik.. Tibanya 16 Mei 2014.. Keputusan ke politeknik & ILKA keluar. Aku berjaya di tawarkan politeknik diploma seni bina. Tapi sayang, seni bina tidak kena dengan jiwaku.. Aduh! celaru! Pada suatu malam, kakak ku telah memberi cadangan kepada ku untuk pergi *****(Rahsia). Aku berminat. Keesokkan harinya, aku bercadang untuk membuat permohonan secara online, tapi masa tidak mengizinkan, tiba2, sampai sepucuk surat temuduga blablabla.. Entah kenapa hatiku tertarik untuk mengetahuinya dengan lebih jelas(selalunya aku tak ambil peduli), aku menalifon nombor yang tertera di surat itu. Setelah aku dapat penjelasannya, aku lagi bertambah tertarik kerana disitulah tempat yang akak aku cadangkan tu. Pada hari ini aku telah pergi ke temuduganya. Alhamdulillah, aku ditawarkan Diploma Pra Sekolah dan insyaAllah aku mendapat pinjaman dari mara dengan kelayakkan keputusan SPM aku.. Jadi 21 Mei 2014, aku akan meninggalkan tampin buat seketika je~ Eh? Korang perasan tak dari tadi aku taip mcm formal sangat? Hahahaha.. Dah! Be ur self Nabilah.. Kah kah kah.. Ok. So akhirnya aku confirm pergi ke tuttt.. Kenapalah nabilah ni nak berahsia sangat? Aku bukan nak berahsia, biarlah aku mencari kesesuaian diriku disana dahulu.. Ok.. Haha. Ok, Cerita hari ni memang tah best. K Assalamualaikum..

5 May 2014

Rindu Dalam Hati

Assalamualaikum Antum semua? Hayatilah bicara hati ini.. :)

Hadirnya dia dalam hidupku,
Sudah mengubah peribadi hidupku,
Apabila dia semakin jauh dan menghilang,
Aku kembali ke jalan hidupku semula,
Aku berharap dia kembali,
Walaupun hanya dalam mimpi,
Aku ingin mengekalkan keterampilan diriku,
Sewktu dekat dengannya.

Aku duduk kesunyian sepi,
Memikirkan dirinya sudah pergi,
Di malam hari aku bermimpi,
Dia melihatku dengan senyuman,
Seperti kerinduan.

Namun aku sedar,
Dia bukan untukku,
Dia jauh lebih baik dariku,
Aku merasa diriku begitu rendah,
Sedangkan dia mempunyai ilmu agama yang tinggi,

Bila dia hadir walau sesaat,
Hatiku menjadi senang,

Ya Allah,
Rinduku ini hanya dalam doa,
Kasihku ini hanya dalam hati,
Tidak pernah ku luah,
Namun aku sentiasa berharap,
Agar dia menjadi teman disisiku,
Waktu suka dan duka ku,
Hingga ke syurga.

20 Mar 2014

Result SPM? Alhamdulillah..


Alhamdulillah.. Layak mendapat Sijil. hehe..

Assalamualaikum.. Sahabat semua.. Ok. Ofcoz nak cakap pasal result. K nebes da hilang.. Hati dah tenang dan lega.. Allahuakbar.. K k k k.. Aku Tak mau cakap berapa yang aku dapat.. Tapi Alhamdulillah laa.. Hmm.. target tak sampai laa.. dekat2 nak sampai tu ade laa.. Kecewa? Hmm. Sikit laa.. Tapi nak buat macam mana itu usha aku.. Apa respon ibu ayah aku? Ayah kata "ok je.. Boleh lahh.. Lepas ni mintak semua2.." Ibu? Ibu dapat tahu je result aku menjerit.. Hahaha.. Macam aku dapat Straight A.. Aku tanye banyak kali kat ibu, tak kecewa ke? Ibu cakap, "Ok lah.. Alhamdulillah.. Ibu tahu anak ibu tahap mana.. Tak ada gagal ok lah tu.."
Ok, yang seronoknya subjek yang aku memang target apa yg aku nak dapat, aku dapat, tapi subjek yang aku mmg target confirm dapat, tak dapat.. sodeh.. Series.. Sodeh bangat2.. tapi tak apa.. nasib baik samar2 je. Hmm.. Tak apa lah.. dah lepas... lepas ni aku akan terus kan perjalanan aku yang seterusnya.. Kepada kawan2, sahabat2 yang berjaya tu, mabruk a'la najah.. yang gagal tu, jangan risau, perjalanan masih jauh lagi, gagal sekali, tak bermakna gagal selama-lamanya.. Anda Pasti Boleh...
Berikut Luahan hati saya.. :)

P. PERAKAUNAN
To Cikgu Murida.. Alhamdulillah.. Result memuaskan.. Thanks sangat2.. kalau bukan sebab cikgu yang ajar, tak akan saya berjaya.. even tak cemerlang.. :)

PQS & PSI
To: Ustazah Noraini dan ustazah Robiah Dah buat sehabis baik dah.., tapi dah mcm tu.. Redha je laa... Apa2 pun terima kasih ajar.. Banyak ilmu yang dah diperolehi.. Minat dalam bidang ni, tapi agak kecundang sedikit.. :(

MATHEMATIC
To Cikgu Sariah.. Oh.. Cikgu, saya sangat kecewa dengan math sy, even org lain kata Ok lah tuu.. Tapi saya tak puas hati dengan result saya.. sy target lain, lain yang dapat, walaupun jarak tak jauh pun.. Hehe.. Apa2 pun Terima kasih sebab aja saya sampai saya jadi pandai math.. kiki..

SEJARAH
To Sir K Suppiah.. Trial memang lah A.. Tapi sampai SPM.. hehe.. Rahsia... Nak tahu pm.. HAHA.. Apa2 pun TQ sangat2 kat sir K, sebab Sir lah saya jadi pandai sejarah.. hehehe.. Sebelum ni jawab tah apa2..

BAHASA ARAB
To Ustazah Asmah dan Ustaz Hafizal.. Ya Allah.. terima kasih sangat2... Even tak lah A.. Tapi Alhamdulillah.. Keputusan yang tak di sangka2... Aku percaya, keikhlasan Ustaz dan Ustazah membantu aku untuk berjaya..

BAHASA MELAYU
To cikgu bahasa Melayu, Cikgu Faridah.. Dia adalah pembakar semangat aku untuk berjaya, cacian dia bukan membuat aku jadi down, tapi lebih bersemangat untuk sahut cabarannya.. Alhamdulillah, aku melepasinya, walaupun tak seberapa..

BAHASA INGGERIS
To Sir Siew.. Hehe.. Saya memang pelajar yang lemah dalam kelas.. tak yakin untuk berkata2.. Saya memang pikir BI saya Hmm... entah... Mcm gagal je kan kan kan.. Saya memang dah sehabis baik berusaha.. Habis dahh.. Saya paham, ngerti, cakap boleh la sikit.. Tapi bab2 karangan ni.. perghh!! Memang losser.. Apa2 pun Thankksssss sangat2.. sebab saya berjaya melepasi air yang deras walaupun tergelincir sedikit... Alhamdulillah.. :)

SCIENCE
To Cikgu Norehan.. Ya Allah.. dia lah Cikgu yang terbaik sangat2.. Belajar tak stress, relex, cool and mudah je ilmu tu nak masuk, mungkin dengan keikhlasan cikgu.. Syang cikgu sangat2.. And To my sister thanks sebab bukak mata aku untuk minat science..(Subjek yang aku tak suka) Thanks sebab ajar aku, dan kau yang membuatkan keputusan aku time ujian dari tak lulus(G) jadi C+, kau ajar aku sampai aku paham.. dan sepanjang exam tak pernah gagal lagi.. Even aku tak dapat A+ macam kau.. tapi kau pembakar semangat aku untuk jadi macam kau.. kau yang membuka mata aku bahawa SN ini mudah. Alhamdulillah... Keputusan yang memuaskan hati aku.. TQ. Result SPM dirahsia kan, nak tahu sila PM.. cewahh.. haha

Ok lah, sampai sini sahaja ulasan untuk Result aku.. Alhamdulillah.. Allah tabahkan hati aku untuk terimanya dengan redha.. Terima kasih Ya Allah.. Assalamualaikum..



19 Mar 2014

Luahan Gementar Result SPM "Afraid"

Assalamualaikum.. 20/3/14---- Fuhhhhh.. Tarik nafas panjang2.. Hembusss.. fuhhhhhh.....  Setelah 3 bulan menanti, hari yang ditunggu2 sudah hampir tiba, hanya beberapa jam sahaja lagi.. Mengertikah kamu semua apa yang bermain dibenak fikiranku? Kenapa ada hari esok? kadang2 tak sabar menanti kerana membayangkan  result terlampau banyak A.. Kadang2, rasa tak perlu ada hari esok sebab membayangkan tiada A.. Allahurabbi.. Hati jadi tak karuan, fikiran menjadi tak menentu, hati jadi tak tenang.. Besok aku akan menghadapi situasi yang paling gementar dalam hidup aku.. Layak kah aku menjadi pelajar cemerlang? Tipulah aku jika tiada keinginan begitu, walaupun aku tahu aku lemah dan mungkin keinginan aku tidak tercapai kecuali dengan izin Allah.. Rasa mahu menangis sekarang juga, supaya aku tidak menangis di hari esok.. ya Allah.. tabahkan hatiku Ya Allah.. Berilah aku kekuatan untuk menerimanya dengan redha.. Selain untuk diriku, aku telah sehabis baik lakukan untuk kedua ibubapa ku, guru2 ku, dan rakan2 yang telah mendoakanku.. Berjaya atau tidak, aku masih terhutang budi terhadap kedua ibubapa ku dan guru2 ku.. ya Allah.. Aku tak mahu mereka kecewa,  biarlah aku kecewa.. Tapi jangan mereka Ya Allah.. Jika bukan kejayaan untukku, kau kuatkan hatiku, tabahkan hati ini Ya Allah.. Jika kejayaan itu milik aku, kau jaga hatiku ya Allah, supaya tidak riak dan sombong ya Allah.. Kekalkan hatiku untuk bersujud padaMu.. 

Aku harap aku tabah bila orang tanya berapa aku dapat.. Confirm mesti ada yang tanya, terutama family, guru dan rakan2.. Ya Allah... Takut tu sampai nak nangis.. Nak tdo tu terbayang2 je ada A ke takde A.. Kepala pening2, badan terhoyang hayang, rasa mual2.. Ishh.. dasyat aku ni.. Lutut pun dah mengigil bila  ingat hari esok bakal menjelang.. Apa2 pun tnggu dan lihat sahajalah hari esok.. Doakan yang terbaik buat kami batch 96 yang akan mengetahui usha kami seperti mana.. 

Apa2 pun Ibu, ayah, Cikgu.. nabilah dah buat yang terbaik... Yang terbaik.. sehabis baikk.. Tapi kalau kejayaan itu bukan milik Nabilah.. Mungkin ada hikmahnya.. Doakan yang terbaik sahaja.. Terima kasih kerana banyak berkorban untuk kejayaan Nabilah.. 

Sampai Sini sahaja.. Assalamualaikum.


 
© THIS IS YOURS!