Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

30 Oct 2012

Lawatan Ke Rumah Orang Tua2


Anyeong. Hari ni, sekolah aku ada lawatan ke rumah orang tua-tua(Rumah Seri Kenangan Cheng). Sememangnya aku dah lama nak pergi lawat rumah orang tua2, sejak aku tengok cerita Baitul Rahmat di TV1 masa bulan puasa tahun ni. Ya Allah.. tersentuh hati aku. Sayu dan sebak rasanya tengok orang tua2 kat sana. sedih. menitik air mata ni :'(. kenapa lah anak2 sanggup buat Ibu Bapa kandungnya mcm tu. Dulu kecik2, Mak ayah jaga. dah besar, bila mak ayah dah tua. Sampai hati diorang tak nak jaga mak ayah dorang? Hantar ke rumah orang tua2. suruh orang jaga? macam ni ke seorang anak membalas budi  Ibu bapa diorang yang sanggup berkorban apa saja untuk anak2 yang dicintai. Tapi anak2 balas macam ni? hishh.. Nauzubillah.. Anyway, time melawat2, atok2, nenek2, makcik pakcik kat sana, adalah atok dan makcik ni menceritakan sedikit sebanyak pasal diaorang.


Ok, now tak nampak gambar atok kat atas ni kan? ni nak cerita pasal atok ni sedikit sebanyak yg aku dapat take note. Ada juga atok2 yang jeles bila atok ni dikerumi oleh pelajar2 TSI. Atok lain kata apa tau"Oii.. sudah lah dengan cerita tipu tu..~"(jerit2)

Nama: Syamin bin Hurahim
Pada tahun 52 atok ni berhenti sekolah. Waktu sambutan kemerdekaan. Atok ni ada. Sebab nak tengok sampai terpijak taik lembu . Hobi atok ni mencangkul, iaitu bekebun lah tu.. adik beradik atok ni ramai yg berjaya. ada yang jadi nurse.. dulu masa zaman atuk ni, makan ubi keledek je..Kisah dan cerita riwayat hidup  atok ni ada dijadikan drama TV tajuk cerita tu, Sinaran Hari Raya. dah keluar masa raya kelima tahun ni. Atok ni juga dah banyak kali keluar surat khabar, dalam TV bagai.. Pada tahun 67-79 pule, atok ni berhenti kerja bawak kereta. Beliau juga, mempunyai 3 buah kereta dulu, bila ada  3 buah kereta, bini pun ada 3 orang. Atok tu cakap lah.. beliau juga mempunyai cucu berumur 22 tahun. Mak atok ni orang melayu, ayah dia pule orang jowo.. Tapi atok ni  tahu cakap Melayu je. Beliau dah tinggal di rumah orang tua2 ni selama 4 tahun. Atok ni cakap, "kat sini seronok je, makan sehari 6 kali". Tapi kita semua mesti tahu, walaupun atok ni cakap seronok, dalam hati dia mesti tersirat kesedihan dan keperitan yg dialami. kan? aku tersentuh bila atok ni cakap "Pegang cangkul, hilang segala duka." Paham tak maksud disitu? Amat mendalam kan? Maknanya, atok ni nak hilangkan kesedihannya dengan hanya mencangkul. bila sibuk kan diri dgn mncangkul, nanti lupa lah yang dia berada di situ(rumah org tua2) dan kesedihan2 dia tu. Dan atok ni ada pesanan kepada semua. :)
  • Selagi hidup kene solat, jangan tinggal
  • Buat solat sunat malam2
  • Muka tak payah pakai make up
  • Jaga diri dan mak ayah
  • kalau mak ayah marah2, jangan angkat kaki jalan
  • Jangan lawan mak ayah
Dan pantun dari atok, byk sbnrnya, tp aku dapat take satu je.

Anak itik terenang-renang,
Anak kunci di dalam perahu,
Atok disini terkenang kenang,
anak dirumah buat tak tahu.

 Tersentuh hati aku dengar pantun atok ni. Ok, begitulah pengakhiran temuramah kami bersama atok..sampai sini cerita atok ni, tipu atok tu, tipu lah aku. :)
Last amek gambar ngan atok ni. Heh atok mntak no tel aku pulak. HAHA. atok chill je tu.. hihi.



SORRY NO PICTURE

Seterusnya, Cerita pasal mokcik ni pulokk..


Nama: Minah Binti Yusup
Umur mokcik ni 65 tahun, kami panggil Mok sbab Mok ni biasa kan dirinya Mok. Orang kat rumah orang tua2 tu panggil Mok, Che minah atau Mok. Mok orang Kelantan. Dulu Mok berniaga, jual nasi klate dgn Nasik Kerabu. Ayah Mok ni sakit. Mok duduk kat rumah orang tua2 ni dah 4 tahun dah. Mok ni ada kakak, nama dia Siti Aishah, duduk kat Johor.. Ada juga yang duduk kat Putrajaya. Mok pandai urut, tengok lah kat gambar yang tertera. tu tengah mengurut lah tu. Pesanan beliau, belajar rajin2, jadi anak yang baik. :)


Macam2 ragam orang2 tua kat sana. Kalau tengok sendiri baru tahu lah macam mana. Tak terkata aku nak menceritakan. KUCING juga menjadi peneman kepada orang2 tua disini. Sampai sini shja lah pengalaman yang dapat aku kongsikan. Pesanan aku, hargailah ibu bapa kita. Sayangilah mereka, taat lah kepada mereka. kerana, dia lah satu2nya ibu bapa kita yang tak dapat ditukar ganti. :'(
Assalamualaikum.. :'(


1 comment:

Balqis Athirah said...

heheh .. untunglah .. :D

 
© THIS IS YOURS!