24 Aug 2014
Semuanya Qowiy Lillahita'ala
23.8.14 10:37 am
Bismillah. Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Qowiy lilahita’ala. Allahu. Jika kita kuat kerana Allah, Allah
akan beri kekuatan itu kepada kita. SubahanaAllah… Pagi yang indah! Penuh
dengan senyuman, dengan suasana rumah dan gelagat Housemate housemate aku.
Allahu, cukup menghiburkan dan menggelikan hati aku. Ya Allah. Itu tengah
teriak teriak, dah kenapa pula tu? Allahu.. Menjadikan rumah ini riuh. Gurauan
mereka buat aku terhibur sangat di sini. Sampaikan rasa nak terus menetap di sini
dan tinggal dengan mereka semua. Allah. Aku sayang mereka. Aku senang dengan
mereka. Dengan gelagat mereka yang
kadang kadang kurang kematangan buat aku tergelak dan tersenyum sorang sorang.
Allah. Aku cuba menjadi gila dengan mereka. Dan Alhamdulillah. Aku gila. Allah.
Bukan gila apa, jadi gila gila. Gurauan mereka yang.. Ya Allah, bunyi macam
kasar tapi ia sangat menggelikan hati aku. Sikit pun aku tak terasa dengan
gurauan mereka. Tak langsung. Even kena ejek, kena bahan, dan di cop sebagai “Lembaga
Hitam”.. Allah.. Aku tak rasa pun ia menyakitkan, malah aku terhibur. Bila aku sedih, mereka membangkitkan semangat
aku semula, membuatkan aku tak jadi nak sedih dan, sedih tu lama lama tersimpan
di hati sahaja dan tak dapat nak zahirkan dengan air mata. Allah.. Aku hanya
tersenyum.. dan tersenyum melihat gelagat mereka. Terus tersenyum. Aku melihat
mereka sepuas puasnya sebelum kami akan terpisah. Aku akan gunakan masa yang
terhad ini sebaik mungkin. Sebak pula bila sebut pasal perpisahan, :’( Allah..
Hmm.. Setiap detik dan saat aku bersama mereka, tak akan aku lupakan
insyaAllah.. Sahabat-sahabatku yang nakal. Nakal kamu semua.. :’D Terima kasih
sebab sudi menjadi sahabat aku. Terima kasih kerana sentiasa ada di kala aku
suka dan lagi lagi dikala aku berduka. Korang sanggup bersengkang mata dengar
cerita aku, dengar aku bebel, dengar tazkirah aku.. Allahu.. Terima kasih atas
nasihat yang telah diberi. Aku menghargainya. Terima kasih, menggantikan tempat
aku untuk memarahkan orang-orang yang telah menyakiti aku. Terima kasih, aku
tidak minta pun kamu semua buat begitu. Tapi kamu semua degil.. Nak jugak kan.
Sudah aku katakana ia hanya sia sia, tapi kamu semua tetap berdegil. Dan
gelagat kamu semua buat begitu, membuatkan aku ketawa sendirian. Aku biarkan kamu
lakukan sebab aku nak tengok tahap mana kamu semua boleh sabar dalam kemarahan
kamu. Allahu.. Yeye kamu marahkan mereka untuk aku sebab kerana aku tak reti
nak marah dan redha sahaja apa yang dah berlaku, sampai aku pun kamu semua
marah. Allah, tapi aku sikit pun tak ambil hati dengan apa yang kamu semua
marah. Ada betulnya, tapi aku memang redha tak reti nak menolak takdir, jika
itu sudah takdir aku, maka aku redha kerana Allah yang menentukan segalanya,
Aku percaya pada Allah. HasbiyaAllahu wanikmal wakil. Aku bukan jenis yang
terus melenting. Itu bukan aku. Aku akan meleting bila maruah aku dicerobohi.
Perkara yang lain insyaAllah aku tenang dan terima dengan redha. Aku tidak
terus terima sesuatu yang buruk itu tanpa aku dapat kesahihan nya, aku akan terus
memerhati, selidik dan selidik sampai aku jumpa perkara yang sebenar. Itu aku.
Aku yakin Allah ada bersama hambaNya. Yakin sahabat. Allah ada. Allah akan
bantu kita setelah kita berusaha, berdoa dan tawakkal. Dan Alhamdulillah. Aku
rasa agak tenang sedikit hari ini. Dan, aku masih lagi terus berjaga-jaga
dengan langkah aku. Dan apabila aku kata aku sanggup menerima risiko yang aku
akan hadapi, bermakna aku kena sentiasa bersedia dengan ujian Allah yang
seterusnya. Bila tiada ujian daripada Allah, aku rasa rindu pula. Sebab dengan
ujian Allah itu, aku rasa aku dekat dan makin dekat dengan Allah. Orang yang di
uji sahaja boleh merasai sama ada Allah itu dekat ke tidak dengan kita. Dan
Allah menguji hambaNya bukan sekadar menguji, tapi sebab Allah nak kita dekat
dengan DIA. Orang yang mengingati Allah, Allah akan ingat mereka. Jadi
pengajarannya walau apa pun rintangan dan ujian Allah beri, tempuhilah dengan
mendekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah, Allah bantu kita. Qowiy
lillahita’ala. Assalamualaikum.
21 Aug 2014
Genap 3 Bulan di UNITI
21/8/14, 10:05 am
Bismillah.. Assalamualaikum.. Allah, pejam celik, pejam celik, dah genap
tiga bulan dah aku di UNITI, There are many sweet things.. Allahu.. Di sini, aku dapat satu kehidupan baru yang
lain suasananya di sekolah. Aku rasa diriku seolah-olah berada dalam drama.
Allah, banyak sangat ujian. Aku ada kawan baru, sahabat baru, dan semuanya
baru. Aku kenal dah perangai masing-masing. Dah paham sangat. Mereka sahaja
yang tidak tahu identity aku sebenar. Aku hanya menunjukkan diri aku yang
sebenar, tetapi, aku juga menyorokkan sebahagian identity aku terhadap mereka.
Seperti biasa, pagi-pagi aku mesti telan 2 biji ubat, setiap hari aku akan rasa
mual, nak muntah, batuk tak hilang dan memacam lagi dan mereka masih
tertanya-tanya. Bekas botol ubat telah aku tukar dengan bekas botol lain.
Pandai tak aku? Hmm. Banyak perkara yang aku sorok kan tentang diri aku.
Biarlah mereka kenal aku dengan apa yang mereka Nampak dan dengan apa yang
mereka nilai. Terpulang. Hanya Allah dan aku sahaja tahu siapa aku. Aku biarkan
mereka menilai apa sahaja tentang diri aku. Di situ aku dapat mengenali siapa
kawan, siapa sahabat dan siapa lawan. Aku akan terus jadi pemerhati dunia.
Allah. Memang terasa aku dalam sebuah drama tapi satu sahaja, aku tidak dapat
mengubah takdir apa yang dah terjadi means aku bukan pengarah, aku hanya
pelakon yang ikut sahaja rahan pengarah(ALLAH), dalam drama aku ni bila ia dah terjadi, makna
dia betul betul terjadi, bukan hayalan. Hmm.. Aku masih mencari sesuatu lagi di
sini. Mencari jawapan yang pasti untuk aku ketahui punca dan apa yang sudah
berlaku. Orang sekeliling, adalah orang yang aku kenal. Mereka adalah
pemerhatian aku. Aku akan terus lihat permainan dunia. Sesiapa yang sedar
bahawa dia hamba Allah, maka dia akan sentiasa berada di landasan yang betul,
tapi jika sebaliknya, aku melihat dia hanyut dengan pendiriannya, keegoannya,
dan kepentingan dirinya sendiri. Yaa.. aku seorang psiko dalam diam. Tiada
siapa perasan. Maaf, bukan niat aku tapi aku ingin tahu erti kehidupan sebenar.
Dan aku jumpa apa itu kehidupan di dunia. Kadang-kadang ia menjadi tanda Tanya(?).
Aku akan kuatkan semangat untuk terus berada di sini, walau apa pun rintangan
yang aku hadapi. Apabila aku berkata, aku akan pegang kata-kata aku walaupun ia
sangat bodoh untuk terus pegang dengan kata-kata itu, aku akan tetap pegang.
Aku tidak akan berputus asa untuk berdoa kepada Allah. Aku akan biarkan ia
terjadi, aku redha, dan aku tahu, Allah bersamaku untuk aku lagi kuat dan kuat.
3 bulan di UNITI sangat memberi kesan yang pelbagai dalam hidup aku.
Alhamdulillah, pengajaran buat aku. I’m not perfect girl, but I’m still tring to be a good
muslimah lillahitaa’ala. Wassalamualaikum.
16 Aug 2014
Mereka Yang Aku Sayang
Assalamualaikum. Di alunkan lagu nasyid istikharah cinta
sambil aku menaip.. Allahuakbar. Ya Allah.. Aku rasa lega sangat hati ini. Kau
hadirkan mereka saat aku sedang kesedihan. Terima Kasih Ya Allah. Mereka lah
yang dipanggil sahabat. Ya Allah, tiap hari menghiburkan hati. Sampai aku
terlupa segala masalah yang ada. Dan aku sangat terharu pabila mereka sangat
take care pasal aku ya Allah..
“Jangan fikir sangatlah masalah tu”
“Kau dah istikharahkan? Haa.. kamilah buktinya.”
“Biela, lagu ni khas untuk kau, sesuai dengan kau.”
Jangan bersedih kerana putus cinta blablabla~~ (Apalah, bukannya putus cinta pun)
Ya Allah, aku terharu sangat mereka sangat ambil peduli tentang aku, ya Allah, jumpa kah aku lagi dengan mereka pada sem depan? Jumpakah aku lagi Housemate seperti mereka. Apabila air mata aku merebeh….
“Lah, nangis dah? Haa.. rumah kita memang kaya dengan tisu, hambik tisu ni, hambik hambik” Habis mereka sumbat tisu tu kat muka aku masa aku tengah menangis.. 9 helai tisu mereka sumbat. Sempat lagi mereka berlawak. Memain ah mereka ni. ya Allah, Aku tak tahu keadaan aku masa tu betul2 ketawa dan betul2 menangis, meraung, lepas tu mereka buka lagu.. Tah macam2 lagu mereka play, dek nak pujuk aku, mereka nyanyi sama2, mereka buat rasa terharu sangat. Actually, aku menangis bukan kerana aku sedih dengan ujian yang sedang aku hadapi ini, tapi aku menangis kerana mempunyai sahabat yang peduli dan menghargai seorang sahabat, ada dikala aku suka dan duka. Mereka menghiburkan hati aku setiap hari. Allah ada, mereka pun ada. Buat aku jadi kuat untuk menghadapi segala ujian. Mereka bagi semangat, tanpa mereka tidak aku setenang sekarang. Dengan lawak mereka, ya Allah, tak dapat aku gambarkan segembiranya hati aku apabila bersama mereka. Sampai aku boleh tergelak sorang2 bila teringat cara mereka pujuk aku. Aku tak suka akan perpisahan, tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Lepas ni kalau aku ada masalah, mereka dah tak ada.. Ya Allah, sakit sangat perpisahan itu. Setiap kali aku temui kebahagiaan pasti ada ujian. Ya Allah :’( aku tak sanggup berpisah dengan mereka. Ya Allah, mereka sahabat yang terbaik. Sahabat 1000 dalam 1. Kebahagiaan cuma sementara, kesedihan cuma sementara, semua dalam dunia ini sementara. Jadi aku redha, kerana aku juga sementara sahaja di dunia ini.

Bukan senang nak dapat housemate yang memahami dan ambil
peduli tentang kita. Ya Allah, damaikan hati mereka, berilah mereka kebahagiaan
yang kekal fid dunya wal akhirah. Allahuma amin. insyaAllah.
Jujek, Aiza, Zira, Reyana, Fadhilah dan Lia, Aku sayang kamu
semua, jangan tinggalkan aku ya :’)
Terima kasih kerana menjadi sahabat yang terbaik aku, aku
tidak mencari sahabat yang sempurna pun, tapi aku perlu sahabat seperti korang.
Ya Allah.. Aku tak tahu, di sem hadapan, siapa yang akan memujuk aku bila aku
menangis, siapa yang nak dengar masalah aku? Siapa yang paham bila muka aku
tetiba stress. Siapa yang paham muka aku ada masalah ke tidak. Ya Allah..
Sakitnya perpisahan.
Dulu aku sahaja yang menghiburkan hati orang walaupun hati aku sedang sakit juga. Tapi sekarang, first time aku rasa hati aku dihiburkan ketika aku sedih, ada masalah. Ya Allah, terima kasih ya Allah, walaupun aku tahu ia hanya sementara, tapi aku bersyukur sangat, aku tahu ENGKAU tidak akan biarkan HambaMu terus bersedih. Semuanya pasti ada hikmah. Terima kasih ya Allah, terima kasih sahabat.

5 Aug 2014
Cinta + Baitul Muslim
Assalamualaikum. Hari ini ana ingin berkongsi artikel yang sudah ana baca, ana akan kongsi apa yang ana suka dan ana rasa bermanfaat. Bismillah.
Cinta?

Cinta adalah fitrah. Cinta adalah anugerah. Cinta adalah amanah.
Sejauh mana anda memandu cinta itu, semuanya terletak pada cinta anda pada DIA, Allah S.W.T.
Cinta kerana Allah. Bagaimana?
Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanan dan ketaatannya kepada Allah S.W.T. Uhibbuki Fillah.
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”
SubhanAllah.
Lihat bagaimana ganjaran Allah terhadap seseorang yang mencintai seseorang yang lain kerana keagungan –Nya.
Jadi anda bagaimana? Adakah anda mencintai seseorang itu kerana Allah?
Lihat bagaimana ganjaran Allah terhadap seseorang yang mencintai seseorang yang lain kerana keagungan –Nya.
Jadi anda bagaimana? Adakah anda mencintai seseorang itu kerana Allah?
Baitul Muslim?
Apa kaitannya ya dengan cinta?
Jom sama-sama kita meneroka dulu maksud Baitul Muslim.
Apa kaitannya ya dengan cinta?
Jom sama-sama kita meneroka dulu maksud Baitul Muslim.
Baitul Muslim merupakan salah satu konsep pembinaan ummah yang bermula daripada diri kita sendiri sehinggalah ke peringkat dunia.
Individu Muslim > Keluarga Muslim> Masyarakat Muslim> Negara Muslim> Dunia Muslim
Cinta + Baitul Muslim? Bagaimana tu ya?
Mudah saja, tak salah untuk jatuh cinta sebab ia adalah fitrah tapi dengan syarat cinta itu mestilah CINTA KERANA ALLAH dan mesti ada MATLAMATNYA, iaitu PERKAHWINAN dan seterusnya disulami dengan niat untuk membina cinta dengan bermatlamatkan kepada pembinaan BAITUL MUSLIM. Subhanallah…
Tersangat indah kalau Cinta yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. itu kita bawa ke arah matlamat pembinaan Baitul Muslim. Insyallah akan bertambah-tambah indah lagi cinta yang lahir di hati kita itu. Kenapa saya berkata seperti itu adalah kerana cinta tidak semestinya cinta mencintai sesama pasangan yang hanya bermatlamatkan kepada perkahwinan semata-mata, iaitu yang kita fahami perkahwinan merupakan penyatuan dua hati dalam satu ikatan suci, ijab dan kabul, tapi jangan kita lupa cinta dan perkahwinan itu juga harus diisi dengan matlamat kepada pembinaan Baitul Muslim, iaitu pembinaan sebuah keluarga yang berlandaskan Islam yang sentiasa dipenuhi dengan suasana Islam yang akan diwarisi dari saru generasi ke satu generasi oleh zuriat kita sehingga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang berpegang pada syariat Islam dan mampu mentadir negara dengan syariat Islam.
Subhanallah, indahnya. Cuba kita bayangkan kalau dalam sesebuah keluarga itu diterapkan dengan suasana Islam, solat berjemaah bersama keluarga, tazkirah, makan bersama, Subhanallah, indahnya. Bukan sahaja kita dapat membina sebuah keluarga Islam yang berlandaskan syariat malah mampu memupuk pembinaan Ummah yang mampu mentadbir negara berlandaskan syariat Islam, Insyallah. Walau bagaimanapun, saya juga sedar bukanya mudah untuk menanam rasa Cinta kerana Allah yang bermatlamatkan Baitul Muslim ditambah pula dengan diri kita sebagai manusia yang penuh kekurangan dan ditambah pula lagi dengan kemodenan dunia yang menjadi ujian buat kita. Namun saya yakin, Insyallah jika kita betul-betul berusaha ke arahnya, Insyallah kita boleh. Ini adalah kerana kerana kita dipilih dan terpilih oleh DIA yang Maha Esa untuk mentadbir alam ini, DIA mengatahui akan kekuatan dan kelemahan diri kita. Insyallah DIA pasti membantu dan mempermudahkan setiap urusan kita dalam menuju Jannah –Nya. Insyallah.
Jika ada salah silap dari pihak saya, seribu kemaafan ku pohon.
Yang baik itu sesungguhnya datangnya dari DIA dan sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
Yang baik itu sesungguhnya datangnya dari DIA dan sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
Jom bina CINTA, bina Baitul Muslim.
Subscribe to:
Posts (Atom)