12 Oct 2014
Segalanya Berubah :')
11.10.2014, 11.30a.m
Bismillah dan Assalamualaikum, selamat pagi! Alhamdulillah masih lagi aku
bernafas hari ini.. Demamku semakin surut, tapi batuk aku makin teruk..
Allahu.. Sakit itu kifarah dosa. Walauapapun teruskan hidup! Teruskan
perjuangan fi sabilillah! Hanya bersedia jika ajal menjemput tiba, Target
SYAHID!!!Tetttttt! Ok dah dah. Allahu sungguh seperti aku bersemangat pada pagi
hari ini. Walhal macam macam perkara aku fikirkan.. Serabut.. Macam macam
masalah. Dan ada sahaja penambah masalah. Tapi yang kecil-kecil tu aku
ketepikan dulu. Aku biarkan. Malas ah nak fikir, asyik benda yang sama sahaja..
Hmm. But never mind, one day they will know why. Haih.. Pagi-pagi lappy, tengok
gambar masa pradip, video dan sebagainya.. Bezakan gambar masa dah sem satu. Allahu,
masing masing banyak perubahan, termasuk aku. Gelak aku sorang sorang, Ya Allah
sangat menghiburkan hati. Tengok video tu buat aku rasa nak buat lagi video..
Allah.. Yang penting aku rindu masa mula mula masuk di UNITI, masa Pradip.. Ya
Allah… Sangat merindui. Aku selalu nak cakap kat depan.. Hihi, jadi MC untuk
program Israk dan mikraj dan juga minggu Ta’aruf. Permulaan yang sangat baik
apabila aku jejak di UNITI ini. Now nak dekat habis sem dah. Final pun semakin
menghampiri, hmm.. just get ready.. Ni haa batuk, teruk ni..Allahu.. Bila
bebatuk ni teringat pula time Pradip, batuk juga, permulaan batuk dan
pengakhiran juga batuk. Wahh.. Amazing. Cehh
takda lah.. Ce tengok gambar masa pradip, Tengok muka kengkawan semua
skema je, tudung belum pandai lagi nak lilit lilit, tangkap gambar macam
tangkap gambar passport. Nahh.. bila berselfie bukan main. Dulu nak pergi kelas
Pradip, simple je semua, pakaian ikut betul peraturan, sekarang takdo makno ea
dooo.. Semuanya dah berubah.. Tak banyak cakap jadi banyak cakap, yang banyak
cakap jadi tak banyak cakap, yang pemalu dah tak pemalu dah, yang penakut jadi
berani, yang dulu baik sekarang nakal, yang dulu tudung pendek sekarang
Alhamdulillah labuh. Allahu Pelbagai perubahan, kalau yang kuat imannya kearah
kebaikanlah, kalau yang cepat terpengaruh tu.. Haa.. Fikir-fikirlah sendiri.
Tapi aku merindui permulaan kedatangan aku menjejak di UNITI. Masing-masing tak
kenal, tak tunjuk perangai gilanya lagi. Masing-masing cover cover.. Skema je
semua. Bila dah kenal, baru lah tahu dia macam mana. Tapi aku masih lagi suka
time cover cover tu, sebab bagi aku itulah perkara yang tiada masalah, masing2
nak jaga hati.. Yelah kawan baru, tak kan nak buat perangaikan. Andai dapat di
undurkan masa berkali kali, ingin sahaja aku pergi ke zaman Pradip.. Allahu.. Apa-apa
pun aku berharap husnul khotimah di sini, InsyaAllah.. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment