Surah An-Nisa' Ayat 18.
9 Dec 2016
"Aku nak berubah, tapi.."
"Kenapa susah sangat nak berubah?"
Baiklah, sebelum ini saya ada kongsi berkenaan tajuk yang lebih kurang sama (Nak Move On Tapi Kemain Payah), tapi kali ini, ada sikit kelainan dari segi point dan penyampaian.
Boleh dikatakan majoriti yang luah dekat saya. "Aku nak berubah, tapi..." tettt... Kenapa mesti ada tapi? dan tapi tapi itu adalah...
1. tapi aku sayang pakwa aku
2. tapi aku kesian kat pakwa aku
3. tapi aku taknak dia kecil hati aku tinggalkan dia
4. aku tak bersedia nak tutup aurat dengan sempurna
5. tapi nanti lah..
Saya cuba merungkaikan tapi tapi kalian ini.
Saya faham, nak berubah menjadi baik atau menjadi lebih baik, bukanlah mudah. Baiklah, saya nak tanya, kalian yang berkehendak nak berubah, tapi kenapa kalian sendiri yang letak alasan pada diri sendiri ?
Jadi nak tahu kenapa susah sangat nak berubah?
Pertama, MALAS. Malas nak buat baik, malas nak solat. Dan kerana MALAS inilah yang menjadi niat kalian nak berubah tertangguh. Sampai bila nak tangguh? Saya pesan ni, peribahasa melayu ada mengatakan menyesal dahulu pendapatan menyesal dikemudian hari tidak berguna.
Surah An-Nisa' Ayat 18.
“Dan taubat tidaklah itu diterima Allah dari mereka yang melakukan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) dia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang”. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati di dalam kekafiran. Bagi mereka itu telah Kami sediakan azab yang pedih“.
Kedua, Cuba check balik, scan balik, ada tak larangan Allah yang kita tak tinggalkan lagi. Jadi, salah satu penghalang untuk kita berubah sebenarnya, MAKSIAT, Pakwa, Makwa, Girlfriend, Boyfriend buah hati, crush, IKHTILAT, COUPLE. Sebab apa susah? Sebab perkara haram kita still buat dan taknak tinggalkan, thats why susah benar nak berubah, susah nak kejar kebaikan. Ingat senang2 je ke syaitan ni nak lepaskan kita ?
Korban.
Kalau kalian benar2 nak berubah, memang perlukan pengorbanan, terutamanya tinggalkan larangan Allah, tinggalkan pakwa, makwa tu. tinggalkan je mereka. Kejar cinta Allah dulu. Tapi yang dah kahwin jangan pula tinggalkan suami atau isteri pula ya.
Ada yang mengadu, mereka couple, tapi sama2 nak buat baik, sama2 nak berubah. Dah macam couple islamik pulak? Baiklah. Saya nak ingatkan kalian, Tidak ada istilah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sama2 nak berubah, ingat mengingati ni, maksud saya yang couple ala2 islamik. Ini kira dah langgar syarat-syarat nak berubah, sebab tidak jaga ikhtilat(pergaulan). Pelik! Takkan nak kejar kebaikan sambil tu selitkan maksiat(larangan).
Surah An- An'am Ayat 54.
“Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (iaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan membaiki(amalan-amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Ketiga, EGO. Sebab apa ego? Kalian dah baca post saya ni sampai habiskan? tapi kalian masih degil, masih sombong, masih taknak buat, masih taknak tinggalkan larangan Allah, masih malas, masih seperti dulu, Masih sama dan taknak move on. Jadi apa yang dapat saya bantu?? Jika kalian sendiri yang beri pelbagai alasan untuk berubah?
Jika kalian benar2, sungguh2 nak berubah.. InshaAllah, ada jalannya.. InshaAllah Allah permudahkan. Yang penting jangan putus asa.
Surah Al- Baqarah ayat 222.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang mensucikan diri“.
1 Oct 2016
Dimana Islam Dihati Kita?
29 Zulhijjah 1438H. Sekian lama aku menyepi dari berkarakter disini. Kekangan masa dan kekeringan idea membuat aku terhenti dan menyepi seketika. Namun kini, aku muncul kembali untuk menulis bagi penutup akhir tahun dalam bulan Islam. Aku bawakan sedikit coretan hatiku untuk kita sama-sama bermuhasabah diri. Tanamkan azam dalam diri untuk kita menjadi islam yang sejati. Tulislah setiap perkara yang kita nak capai, supaya kita nampak matlamat kita. Bukan hanya sekadar berjanji pada diri sendiri tanpa ada hitam dan putih. Moga dengan sedikit coretan ini membuka mata dan hati untuk kita nilai, dimana kesungguhan kita untuk menjadi seseorang yang beragama islam?
Dimana Islam Di Hati Kita?
Islam..
Di mana keindahan Islam di hatimu?
Jika buat baik sekejap sudah jemu.
Dimana keindahan islam dihatimu?
Jika solat tidak cukup lima waktu.
Dimana kau letakkan Islam sebagai
agamamu?
Jika kau langgar perintah Tuhanmu.
Di mana kau letakkan islam sebagai
agamamu?
Jika larangan Allah kau buat tak
jemu-jemu.
Adakah kita benar-benar beragama
islam?
Jika kita masih meninggalkan solat.
Adakah kita benar-benar islam?
Jika masih tidak menjaga aurat.
Adakah kita benar-benar islam?
Jika larangan Allah masih kita buat.
Dimanakah islam sebenarnya ?
Dimanakah martabat islam dihati
kita?
Bahkan kita sendiri membawa fitnah
pada agama ini.
Apa yang membuktikan kita adalah
Islam?
Hanya tertulis pada IC kah?
Nah, sebenarnya kehidupan kita menjadi seorang
islam adalah dengan cara Islam iaitu,
mengikuti perintahNya, dan menjauhi
laranganNya.
Melakukan Amar makruf, nahi munkar untuk
mencari keredhaanNya.
Surah Fussilat ayat 33.
“Dan tidak ada yang lebih baik
perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi
perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:
"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah diri kepada
Allah)!"
Surah At-Taubah Ayat 71.
“Dan orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain,
mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan
mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan
RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Return to Allah, return to Islam, Return to Quran wa sunnah!
Sekian.
Hanya hamba Allah.
#NabilahRahims
10 Jun 2016
Cik Muslimah Niqabis
"Saya?"
"Ya, awak yang berpurdah tu. Sini jap"
"Ya saya?"
"Maaf, boleh saya tegur sikit?"
"InshaAllah boleh.."
"Saya dulu macam awak.."
"Hah?"
"Masa mula-mula saya pakai purdah, saya letak Display Picture(DP) saya pakai purdah, secara dekat, saya upload gambar posing sana sini pakai purdah/niqab, saya edit letak qoutes sikit. Bagi nampak ala-ala muslimah, ala-ala islamik"
"Err.."
"Tapi lepas tu , masa saya scroll news feed Facebook saya, saya terbaca status seorang hamba Allah ni, 'Kalau tidak mahu dipandang, kenapa upload gambar? Kalau tidak mahu menunjuk kenapa ditunjuk? Kalau tidak mahu diperhatikan kenapa menarik perhatian?'. Lalu saya terfikir sejenak. Saya rasa tertegur. Saya rasa nak jadi Muslimah niqabis bukanlah dengan upload gambar , edit gambar yang saya pakai purdah. Saya tak rasa apa yang saya buat itu adalah sikap seorang muslimah. Sepatutnya saya bermujahadah . Sepatutnya saya tak tunjuk. Saya pun terfikir lagi, memang takda function dan manfaat pun saya buat semua tu. Malah memalukan diri sendiri dan mengundang fitnah terhadap pakaian ini. Rasa macam bodohnyaa masa tu.".
-Tertunduk tanpa kata-
"Saya tahu awak baru sahaja nak berpurdah dan beristiqomah. Mungkin awak tak tahu. Mungkin tiada yang nak tegur awak. Maaf ya jika teguran saya ni buat awak kecil hati , saya taknak awak ulang kesilapan yang saya pernah buat. Saya dulu terkapai-kapai mencari teguran. Alhamdulillah. Teguran itu sekarang menjadi peganggan saya. Pakaian ini sungguh saya cakap dipandang mulia dan tinggi . Saya taknak satu hari nanti pakaian ini yang menjadi fitnah. Saya taknak satu hari nanti nilai pakaian ini dipandang rendah, saya taknak satu hari nanti orang tak respect kepada muslimah. Ini hanya kerana sikap2 segelintir muslimah yang masih ego. Kalau kita tak hentikan tabiat ini, mungkin akan menjadi ikutan tanpa hayat."
****
Moga perkongsian ini bermanfaat

Kadang-kadang kita dah rasa kita cukup indah memakai pakaian ini, hingga kita terlupa yang akhlak kita tak seindah pakaian. Tiap-tiap hari ada sahaja debat mengenai Muslimah Niqabis, itu tak kena, ini tak kena, warna itu tak kena, warna ini tak kena. Upload gambar macam tu tak kena, macam ni pun tak kena. Last-last, bergaduh sesama sendiri, bergaduh sesama muslimah. Bergaduh sesama islam. Sampai bila? Inikah akhlak yang harus kita tonjolkan? Wahai akhowat sekalian, tidak guna hanya indah pada pakaian, tapi tiada qudwah yang kita nak tunjukkan.apa yang aku kongsikan ini adalah sedikit teguran dan nasihat. Aku harap para pembaca menerima dengan hati yang terbuka. Aku juga salah seorang niqabis. Islah nafsi wad'u ghairak(Perbaiki diri dan serulah orang lain). Aku dulu juga pernah melalui zaman mula2 aku memakai niqab, aku pernah buat aku yang beberapa niqabis pernah buat. Dan aku bernasib baik kerana aku tidak lama hanyut dengan kebanggaan memakai secebis kain ini. Aku tersalah ikut contoh niqabis yang aku stalk. Maklumlah masa tu baru lagi. Jadi, Mari kita muhasabah diri sama-sama. Sekian :)
2 Jun 2016
Serpihan Ego
Assalamualaikum pembaca yang dihormati.. Here I'm. Jangan risau, aku masih disini, aku cuma mencari ruang dan hari, untuk aku men'free'kan tangan ini. Belum. Aku belum futur lagi. Aku menyepi bukan kerana itu, aku menyepi kerana aku juga manusia, ada masa aku sendiri, ada kesibukkan aku tersendiri. Senang cerita masa tidak mengizinkan aku menekan punat punat keyboard ini dan lontarkan apa yang aku ingin sampaikan. So, what stories kali ni ? Okay, I'm just wanna share something.
Someone asked to me,
"Macam mana nak hilangkan rasa menyampah terhadap seseorang itu? Lagi2 dia banyak sakitkan hati kita, lagi banyak kita menyampah kat dia".
Jujur aku katakan, nak menjawab soalan ini bukan semudah 1,2,3 bagi aku. Walaupun hanya perlu jawab sesimple ini, "Sedangkan Nabi Muhammad SAW yang dihina, dicaci dan macam2 lagi, tapi Baginda tidak pernah berdendam, malah dibalas dengan kebaikan. Allah itu juga bersifat Al-Ghofur yakni maha pengampun."
Jawapan ni mesti selalu jumpakan? Ya, boleh je aku jawab macam tu. Tapi aku sendiri rasa tak layak untuk menjawab bunyi yang sebegitu, aku sendiri banyak terasa hati, aku sendiri banyak.. hmmm.. banyak lah. Entahlah. Aku rasa macam banyak. Well, human..
Tapi satu buat aku rasa kuat untuk menjawab, just think the question come is actually from your heart. So you need to think the way how to you answer the question Nabilah! Mungkin Allah juga nak aku sedar betapa dunia ini bersifat sementara, sesementaranya rasa sakit ini.
So aku just jawab, "Don't ever learn how to hate, but learn how to forgive and forget"
Yezza, belajar. Didiklah hati supaya belajar untuk memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Aku tak tahulah sama ada jawapan yang aku beri itu, membantu ataupun tidak, tapi apa yang terlintas difikiran itulah yang terasa dihati. Ya, aku juga masih belajar untuk tidak membenci. Aku juga masih belajar untuk memaafkan orang lain. All humans are not perfect. Ataupun orang selalu gunakan ayat,"Nobody perfect". Walaupun kita adalah daie sekalipun, kita ada hati. Macam-macam boleh rasa. Cuma yang buat keputusan adalah kita sendiri sama ada take it or leave it.. Apa pun, kita sama-sama okay ? Sama-sama untuk perbaiki apa yang kurang.
Moga dengan sedikit perkongsian ini, dapat meruntuh serpihan ego kita daripada terus membenci. Sekian. Wallahua'lam :)
29 Feb 2016
Nak Move On Tapi kemain Payah?
“Nak Move on tapi kemain payah.”
Cuba kalian muhasabah diri, atau check atau dalam bahasa
melayunya adalah semak. Semak kenapa? Sebab? Punca susah nak move on atau erti
kata lain, berhijrah, ataupun berubah, ataupun Aiman Banna kata Henshin. Saya bukanlah
sesiapa untuk describe mengenai ini, tapi ini berdasarkan pemerhatian yang
telah saya buat secara tak sengaja. Opss! Saya yakin ramai diantara kalian
memang nak berubah kearah kebaikan. Ada juga menyatakan hasrat nak pakai tudung
labuh, nak jadi muslimah sejati. Tapi, hari demi hari tiada apa pun yang
berubah? Sama je? Cakap tak serupa bikin ke?
Ehhh takk.. Mereka yang cakap begitu bukanlah cakap tak
serupa bikin, mereka memang berhasrat nak berubah. Tapi mereka jadikan 1001
alasan tu penghalang mereka nak berubah. Mereka? Hm, ‘Mereka’ tu termasuk saya
sekali lah.
Kenapa kemain payah nak berubah?
Baik, kita teruskan kepada kenapa kemain payah nak berubah.
Mesti ada sebab kan? Tak kan lah suka suki je cakap payah. So apakah halangan
kita nak berubah, berhijrah, move on atau Aiman Banna kata Henshin. Ceyy.. dari
tadi ulang benda sama. Ok! Ok! Ok! Sebenarnya ada banyak penghalang yang buat
kita kemain payah nak move on. Tapi saya nak tekankan 4 perkara ni atau empat alasan
yang menjadi penghalang kita nak move on.
1. Sebab bercinta atau masih
berhubung dengan ajnabi.
Well, ini banyak berlaku ya. Banyak. Macam mana nak berubah
kalau kita masih bergelumang dengan maksiat? Macam mana nak berubah kalau masih
tak menjaga ikhtilat. Sudah terang lagi jelas firman Allah “wala taqrabuzzina”
dan jangan kamu dekati zina. Nak berubah kena lah ikut apa Allah suruh dan
tinggal apa yang Allah larang. Saya rasa, rasa je eh, ataupun agak-agak je.. Yang
ada hasrat nak berubah ni mesti ada beli buku tarbiah sentap, henshin, henshin
muslimah, infiru. Ke takda? Okay takpa, tapi memang sudah banyak dijelaskan
mengenai ayat “La taqrabuzzina” tapi kenapa hati masih berdegil. Ok Muhasabah ,
Check dan semak.
2. Salah pilih kawan
Kenapa pula saya kata salah pilih kawan adalah penghalang?
Baiklah, ada ja yang nak berubah dan mereka takda buah hati jantung, limpa,
paru-paru dan tulang rusuk ni. Tapi still kemain payah nak berubah. Salah
satunya sebab salah pilih kawan. Come on, kalau kita kawan dengan yang langsung
tak memberi manfaat kepada kita, why kita nak ikut cara dia? Kalau kita still
nak berkawan dengan orang yang ajak kita “Wey, jom gi karoke”, “Wey jom
lepak-lepak”, “Wey jom overnight”, “Wey jom teman aku dating” sampai bila-bila
kita mundur dan mengundur, atau mungkin boleh kecundang. Kalau kita tak salah
pilih kawan, dan berkawan pula dengan orang yang selalu ajak “Jom solat”, “jom
mengaji”, “Jom pi usrah” . Jadi kita akan terdorong dengan perkara2 yang baik.
Bukan kata jangan kawan dengan kawan yang kurang mendorong kita kearah
kebaikan, tapi saya cuma nak awak berhati-hati apabila berkawan. Maaf kalau saya
salah tapi cuba kalian semak ye atau tidak.
3. Masih tak puas nak enjoy
Aduhduh.. Ini pun masalah juga. Nak berubah tapi masih nak
enjoy. Yelah bila dah berubah, Dah pakai tudung labuh, dah bertutup litup, mana
boleh nak ‘huhahuha’, mana boleh lagi nak masuk pusat karoke. Nak kena jaga itu
ini, sat gi orang kata “Tudung je labuh, pakai je tudung, tapi perangai tuttttt”.
Konon taknak lah mencemarkan nama muslimah.
Aduhh, wake up, nak berubah kan? Ofcoz kena tinggalkan perkara yang lagha.
Semestinya dan sepastinya kena tinggalkan. Dan, bila dah berubah, bukannya
100% kena duduk terperap dalam rumah 24
hours. Ada cara dan aktiviti yang lebih bermanfaat daripada enjoy yang nothing.
Jelas? okay muhasabah.
4. Tak layak nak move on atau
tiada keyakinan
Bangkittttt!!! Apa yang tak layaknya? You know kan Allah itu
maha pengampun, atau dalam bahasa arabnya “Allahughofur”. Nak berubah bukan
nilai layak tak layak, nak berubah kena jadi layak. ‘Rasa’ tak layak tu hanya
mainan perasaan, hanya alasan, hanya bisikan syaitan. Tak pun bisikan manusia?
Ek? Sudahlahh.. Manusia yang iri hati hati tidak akan berhenti nak mengata. Nak
kutuk kita berubah?
“Wahhh ustazah dah kau sekarang”. You need to proud orang
gelar awak ustazah daripada orang gelar awak jahiliah. So what? Ada masalah ke
digelar ustazah, digelar muslimah? Hina ke gelaran tu daripada gelaran jahiliah??
Haa.. cuba fikir fikir dan renung-renungkan.
****
Sekarang ada lagi tak alasan untuk kita berubah? nak atau taknak, pilihan ditangan kita
sendiri. Keputusan sendiri. Kalau boleh
kita taknaklah ‘Cakap tak serupa bikin’.
Akhir sekali, Kesimpulan yang nak saya rungkaikan adalah.
Jihad! Jihadlah! Jihad melawan nafsu. Dan 4 penghalang tu kalau kita tinggalkan
inshaAllah tak susah, tak payah, tak rumit pun nak move on, berhijrah, berubah
ataupun Aiman Banna kata Henshin. Memang nak move on ada perkara yang kita
perlu buat, dan ada perkara yang kita perlu tinggalkan. Jika benar-benar nak
berubah, bukan hanya tanam azam tapi buat sehingga kita benar-benar ikhlas nak
berubah kerana Allah. Sekian sahaja. Maaf jika ada kekhilafan. Wallahua'lam.
11 Feb 2016
Sahabat Khianat ??
"Kau tak sakit hati ke ?"
"Kenapa ?"
"Dia sahabat kau kot"
"So ?"
"Weyy.. Dia dah khianat kau lahh"
"Biarlah dia"
********
"Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” [Hadis riwayat Muslim]
Sahabat. Bila kita gelar dia sahabat, kita anggap dia sahabat. Kita naik taraf dia dalam hidup kita menjadi sahabat kita. Kita dah janji nak sahabat fillah abadan abada. Ya tahu, luka kat hati tu memang dalam, tapi jangan sampai tertanam. Isbir isbir... Kenapa dengan perkara yang remeh temeh, even soal perasaan/hati kita nak bertelagah sampai nak putus ukhuwah? Banyak cara yang lebih munasabah untuk menyelesaikan masalah. Haa kan macam dah berpantun. Eh? Buang lah rasa negatif tu jauh jauh. Marah-marah nak pergi mana? Pi mai pi mai tang tu je. Nak bermusuh dengan sahabat? Wey, sahabat kot. Khianat tak khianat. Sahabatttt. Dia TERRRbuat satu kesalahan je, iaitu khianat. Selama ni dia baik je kan. Dah dah. Jangan sampai putus ukhuwah. Aku tak kata untuk kalian terus percaya, percaya dan percaya si sahabat tu walaupun sudah di khianati, dan aku tak pula nak kata kalian jangan percaya sahabat khianat tu lagi. Cuma aku nasihatkan hati-hati memilih sahabat. Oi Nabilah pesan pada diri sendiri k ^^''
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya. ” [Hadis riwayat Abu Daud].
Haa.. Mengata orang ehh. Jangan lupa, kita pun jangan jadi sahabat pengkhianat. jadilah sahabat yang baik kepada teman2 kita. wallahua'lam
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)