Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

12 Dec 2012

Simpan Perasaan Itu


Assalamualaikum.. Cantik tarikh hari ini kan? 12.12.12.. Actually aku tak ingat pun tarikh hari ni kalau aku tak buka facebook. Tarikh hanya sekadar tarikh.. tak ada kesitimewaan apa pun. Hanya no yg cantik.. Ok, entry aku untuk hari ni pasal feeling sikit lah.. Korang penah suka pada seseorang then simpan dan pendam je.. Hmm.. memang sakit untuk menyimpan perasaan tu.. Tapi semua kerana Allah kan.. Aku ada lah jugak admire seseorang tu.. SubahanaAllah, dia seorang lelaki yang soleh.. Tapi aku tak rasa yang aku akan memelikinya.. Sebab perjalanan hidup masih lagi panjang untuk sampai ke alam perkahwinan.. Tapi kalau ada jodoh tak kemana kan.. Jadi aku simpan perasaan aku itu.. Ustazah aku pernah pesan.. "Jangan kita cinta syahwat, cintalah rohani" Tak salah kalau kita minat dia.. Tapi jangan lah sampai ke arah maksiat.. Alhamdulillah, skarang aku dah tak terlibat dengan cinta syahwat(cinta kepada lelaki ajnabi).. dulu aku pernah bercintan cintun ni.. tapi sekarang aku dah lama tinggalkan alam couple sebelum nikah tu.. Memang tak ada faedah.. Tapi, harap2 aku kekal dengan prinsip hidup aku ni.. InsyaAllah.. dan korang pun boleh kan? Jauhi couple.. And aku ada satu cerita yang aku ambil dr blog Cerita Ikazati, aku berminat dengan entry dia pasal pendam perasaan.. Dan aku setuju dengan penulisan entry dia tu.. Sangat great.. Aku copy and paste entry dia pasal kisah seorang gadis yang memendam perasaannya kepada lelaki sampai diketemukan jodohnya.. Berikut adalah kisahnya:
Si gadis itu menyukai seseorang,lalu dia mengatakan dan menceritakan kepada ibunya yang dia menyukai seseorang lelaki,akhirnya lelaki tersebut mengetahui,dan pada penghujungnya si gadis itu tidak dapat memiliki orang yang disukainya itu, kerana akhirnya lelaki tersebut bertemu jodoh dengan orang lain. Si gadis itu sungguh kecewa dan patah hati. Perkara tersebut berlaku berulang kali sehingga si gadis itu sedar,setiap kali dia menyukai seseorang dan orang tersebut mengetahui perkara tersebut,dia tidak akan memiliki orang tersebut.

Akhirnya,si gadis itu membuat keputusan muktamad, walaupun dia menyukai seseorang ,dia akan hanya memendam perasaan dan berdoa kepada Allah supaya hati jejaka tersebut menjadi miliknya dan berubah menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan akhirat dan mampu menjadi imam yang baik untuk zaujahnya satu hari nanti,insyaAllah.

Ya,si gadis itu sudah menemui jejaka idamannya itu,namun disimpan perasaan itu hingga takdir yang menentukan segalanya. Jodoh pertemuan Allah tentukan.

Si gadis itu percaya pada satu perkara iaitu :

Carilah pasangan hidupmu, yang jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pada Allah, serta bercita-cita ke arah memperbaiki imanmu kepada Allah...

Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yang jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan malah mengingatinya telah melalaikanmu dari bercita-cita memperbaiki imanmu.

Jadi, aku di sini, ingin menasihati gadis2 di luar sana.. Jagalah hatimu, jauhi zina yang dimulakan dengan zina2 kecil.. Tak apa lah kalau simpan perasaan itu sakit.. Asalkan maruah kita sebagai seorang perempuan terjaga. Hubungan kita dengan Allah tidak tejejas.. InsyaAllah satu hari bila sampai seru jodoh tu sampai.... Jangan risau lah.. Allah dah janjikan dalam Al-Quran sebahagian surah annur ayat 26: "perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik."

Sampai Sini sahaja entry aku untuk hari ini.. Assalamualaikum..

4 comments:

Nurul Balqis Athirah said...

Best entry. Aku suka baca. :')

Nurul Balqis Athirah said...

hah. header dah cantik. ajar aku cepat buad transparent header makcikkk. cepat cepat.

Nabilah rahim said...

Hehe.. terima kasih.. owhh.. aku gune photoscape jeh lah... main bantai je tuu.. cantik heh,.. thanks.. :P

Nurul Balqis Athirah said...

mne kau dapat transparent header tuhh? mehh ajar aku cpt.

 
© THIS IS YOURS!