Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

31 Dec 2012

Coretan Terakhirku Untuk Tahun 2012


Assalamualaikum, pengakhiran coretanku untuk tahun 2012.. dengan hati yang lara aku terus juga menaip.. Seperti hari2 yang sebelumnya, aku mesti mencerita, atau berkongsi apa2 jua yang aku ingin kan.

Aku masukkan email dan juga password fb ku, lalu ku tekan login. Apabila dibuka entah kenapa statusnya terlebih dahulu yang keluar. Selepas membacanya, entah mengapa aku rasa tidak senang, jantungku berdegup kencang, fikiranku juga tidak menentu. Badanku tiba2 kesejukkan.. Allahuakbar.. Aku merasakan sesuatu yang telah menghiris hatiku. Sakitnya Allah sahaja yang tahu.. dengan itu.. Aku teruskan menaip untuk berbicara tentang berakhirnya tahun 2012.. Selepas ini aku akan menempuhi peperangan yang besar bersama sahabat2 ku.. SPM 2013.. sudah bersediakah aku? aku menutup mata, menarik nafas, lalu aku hembus dengan pelahan sambil menyebut Allahuakbar, Astaghfirullahalazim.. Air mata yang hampir mengalir ku tahan. Tanganku yang semakin lemah untuk menaip ku paksa. Jantungku yang masih berdegup kencang ku tenangkan dengan zikir. Sudah tiba masanya aku bersedia untuk menempuhi segala ujian dan cabaran dariNya untuk tahun hadapan(2013). Biarlah 2012 menjadi memory yang tak akan kembali lagi. Aku akan menjadi senior, umurku juga sudah meningkat 17 tahun. Aku berharap kepada yang maha berkuasa, semoga tahun hadapan akan menjadi tahun yang cukup bermakna dan penuh barokah.. Semestinya aku mencipta satu azam dan prinsip hidupku untuk besok tahun hadapan.. andai ini coretan terakhirku, 10 jari kususun mohon maaf kepada semua.. Fikiranku semakin bercelaru.. Otak ku juga sudah buntu.. Oleh yang demikian, ku akhiri penulisanku dengan Assalamualaikum sahabatku..


-2013 Pahit manis kutelan jua-

2 comments:

Nurul Balqis Athirah said...

okay nabilah. cool and sad story from you dear. :) selamat tahun baru sahabat ku, Nabilah. Good luck for your SPM next year. :)

Nabilah rahim said...

hehe.. ok.. u too.. Good luck.. Sama2 excellent nanti.. insyaAllah..

 
© THIS IS YOURS!