Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

19 Nov 2015

Cik Bunga dan Encik Tahi

Mula dengan bismillah dan di ikuti dengan Assalamualaikum....
Noted: Ini bukan cerita bunga tahi ayam tau

Kalau kita bagi bunga orang balas tahi, tapi kita tetap bagi bunga, at least kita tak adalah kena tempias bau tahi tu..

“Apalah Nabilah ni pengotor main tahi tahi pula, tengok tajuk pun dah geli nak baca” HAHA

Maaf atas penggunaan Tahi atau Encik tahi. Cik dan encik tu tiada kaitan dengan bunga dan tahi. Sebenarnya kalian, ada maksud disebalik kata-kata tu, Faham tak maksud tu? Okay, hari ini aku nak kongsikan mengenai (1)buat baik dibalas jahat, (2)buat jahat dibalas baik, (3)buat jahat dibalas jahat.. Fuh fening fening.. Tadi cakap pasal tahi dengan bunga, ini pasal jahat dengan baik.. Still tak faham?

Baiklah macam ni.. tahi dan bunga sangat related dengan baik dan jahat. Tahi=Jahat, baik=bunga. Kalian pernah tak buat baik dengan orang tapi orang balas macam mintak kaki kita tepek kat muka depa.. Haaa kannn.. Tapi kita tak bagi kaki pun. Tak sampai hati ek? Hah, pernah aku rasa benda ni.. Banyak kali.. sampai tak tahu nak kali dengan berapa dah, kalau kali dengan sepuluh pun belum tentu dapat kira berapa banyak kali daaa.. Ini untuk “Buat baik dibalas jahat”.. Okay sekarang dah faham dah? Tak mau fening fening lagi. Kita teruskan pula kepada “buat jahat dibalas baik”. Biasalah, dalam dunia ni ada pelbagai jenis manusia, baik arda, jahat arda, pura2 baik arda, pura2 jahat pun arda. Eh? Kadang2 kita tak tahu dan tak perasan pun orang tu bukan main kutuk kat belakang kita.. Contoh,
“Minah tu nama je pakai tudung labuh tapi perangai hampehahaha..” pergh berdesing je telinga kalau dengar yedok.. Haaa.. Sabar sabar.. Tanamkan sifat sabar dalam diri itu.. Ketahuilah orang yang baik kalau dengar dia kena kutuk gitu dia tidak akan pernah nak terasa hati, mungkin dia fikir positif untuk perbaiki diri dia ke.. Husnudzon je lah, mungkin dia yang mengutuk ni takda topic selain nak buat kita jadi famous(HUHU) Tapi ingat ehhh.. Jangan k, Jangan sesekali nak pergi ambil pisau dan potong lidahnya.. Ini akan diketogorikan “buat jahat dibalas jahat..”

Alhamdulillah sudah pun aku huraikan ketiga2 point tu, harap kalian faham.. Kalau kalian perasan takda pun list “Buat baik dibalas baik” pasainya baik=baik dan tak akan jadi jahat=tahi.. Apa pun dalam kehidupan kita ini, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.. 

Akhir kalam, Walau macam mana kita diperlakukan, disakiti, dihina, dicaci, dimaki dan sebagainya yang menyakitkan hati, balaslah dengan kebaikan.. jagalah hubungan persaudaraan sesama islam, jika kita gunakan istilah "buat jahat dibalas jahat" sampai bila kehidupan ummah nak bersatu? Maafkanlah antara satu sama lain.. Belajar memaafkan orang lain. Kekurangan itu ditegur secara berhemah bukan dengan cara bertelagah. WaAllahuu’alam.

Kesimpulannya, Allah berfirman,
“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya dari Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang zalim”[QS Al-syura ayat 40]

Kalau tak caya cuba buka Al-Quran. 

Maaf andai penggunaan bahasa aku meyentap jiwa, yang baik datang dari Allah yang buruk dari kelemahan aku sendiri. Kita sama2 cuba jadi bunga yang harum. Sekian.
Terima Kasih kerana membaca :)

No comments:

 
© THIS IS YOURS!