Ahlan Wasahlan.. Dah baca? Bacalah dengan mata hati, bukan membuta tuli. Syukran, Singgah lagi..^^

19 Nov 2015

"Qowiy Sahabat!"

Acapkali hati ini sayu, acapkali hati ini menangis. Kenangan yang sentiasa bermain di benak fikiran. Luluh hati ini bila terkenang. Pedih hati ini tidak dapat di tayang. Mindaku semakin melayang-layang.. Sahabat yang telah pergi jauhh meninggalkan aku seorang.. Setiap kata dan detik aku bersamanya masih lagi terngiang-ngiang..

***
Melihat kaku tubuh seorang wanita remaja berumur 21 tahun di atas katil.. Hanya menunggu masa dijemput panggil. Kelihatan sungguh tidak bermaya. Sakitnya dia, sakit lagi jiwa aku melihat keadaanya. Namun begitu, wajahnya sikit pun tidak menampakkan dirinya sakit. Sentiasa senyum walaupun perit. Gembira seolah tiada sengsara. Namun, aku tahu.. Dia terseksa..
Air mata yang tidak lagi dapat ku tahan, suara tangisanku tidak dapat lagi ku rendahkan. Esakan ku semakin kedengaran. Allahu, Aku rebah tetapi dia tabah..

Saat aku mengelamun, terdengar suara lemah menyapa aku,
"Aisha sayanggg.. Kau jangan menangis, aku baru sakit, belum pergi lagilahhh.. Sakit tu kan kifarah dosa. Allah nak menguji hambaNya. Sayang aku kan? Doakan aku cepat sihat ya?" Dengan nada suara yang lemah, tapi penuh semangat Zahra memujuk aku. Allahurobb.. Seharusnya aku yang beri kata-kata semangat itu kepadanya, tapi dia pula yang mengingatkat aku. Aku masih lagi dalam tangisan, sungguh tidak dapatku tahan.. Tidak sanggup hilang seorang sahabat.. Yang sentiasa mengigatkan aku tentang ahirat, tentang taubat, tentang solat, tentang ibadat, tentang semangat, tentang jihad dan sentiasa memberi nasihat. Sungguh tidak aku nafikan dialah sahabat dunia dan akhirat. Zahra tidak pernah putus asa untuk kenalkan aku erti tarbiyah, erti dakwah, erti usrah sehingga sekarang aku berada di medan dakwah. Subahana Allah.. Namun sekarang, tidak dapat lagi aku dengar tazkirahnya. Zahra, seorang sahabat yang banyak memberi qudwah hassanah kepada aku dan sahabat yang lain. Akhlaknya pula menjadi contoh kepada orang lain. MashaAllah, Dia sangat kuat, mahupun nyawa dalam taruhan.. Betapa indahnya hidupnya menjadi Muslimah dimata Allah. Namun, tuhan lebih menyayanginya.. Persahabatan aku dan dia bukan sahaja tinggal kenangan tetapi meninggalkan dirinya dalam hati aku, meninggalkan semangatnya dalam diri aku. Setiap kata-kata yang keluar dari bibirnya penuh dengan nasihat.

Masihku ingat lagi pesanan akhirnya sebelum dia menutup mata,

"Ingat, Allah memegang setiap hati hambaNya, jatuh dan bangkit engkau yang rasa dan Allah tahu segalanya. Andai engkau rebah ingat Allah"

Peringatan yang pendek tapi sangat mandalam maknanya. sekarang aku tahu, hidup ini, penuh dengan ujian, mahupun ketika kita berada di atas ataupun di bawah dan tak kira dalam apa bentuk sekali pun.. Ingatlah Allah mengetahui apa yang kita perlukan. kembalikan diri kepada Allah agar hati kita kuat kerana Allah.

Yang pergi tetap akan pergi, kita yang hidup teruskan perjuangan untuk mencari keredhaan Allah.
***

kisah ini tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah pergi. Hanya sebagai Peringatan kepada kita untuk terus istiqomah dijalan Allah, jangan sesekali rebah dengan sedikit ujian dari Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Mari kita kembali kepada Allah.

Terima kasih kerana membaca ^^

No comments:

 
© THIS IS YOURS!